Terkini

Menu

Berpuasa Ketika Hamil

Tips Berpuasa Ketika Hamil. 

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hamil yang telah melakukan pemeriksaan dan disahkan sihat boleh menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan. Menjalani ibadah puasa semasa hamil agak mencabar terutamanya buat ibu dan suami. Kesabaran yang tinggi dan pemantauan kesihatan harus diutamakan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu hamil ketika berpuasa:

Ketika Sahur

  • Ketika sahur, pilih makanan yang mengandung protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama dan dapat melambatkan rasa lapar di siang hari. Sebaiknya ibu hamil mengambil makanan berasaskan daging. Daging adalah makanan yang mengandung kalori dan protein tinggi yang mampu disimpan didalam tubuh dalam tempoh yang lama.
  • Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.
  • Elakkan memakan makanan yang manis semasa sahur agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat insulin shock.
  • Sebaiknya usahakan meminum air putih / air kosong sebanyak-banyaknya sehingga tamat tempoh bersahur. Ambil sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari dan ditambah dengan segelas susu. Minum segelas susu semasa sahur dapat mengurangkan ancaman anemia (kurang darah) bagi ibu hamil.

Ketika Berpuasa

  • Jalani puasa dengan niat dan tekad yang bulat dan ikhlas agar hari-hari berpuasa terasa ringan dan membahagiakan meskipun sedang hamil.
  • Istirehat yang mencukupi.
  • Kurangkan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak atau memikirkan perkara yang berat dan memenatkan. Sedapat mungkin hindari stres dan buang jauh kebiasaan/dorongan untuk marah.


Segera batalkan puasa jika ibu hamil mengalami:

  • Muntah-muntah lebih dari 3 kali yang dikhuatiri menyebabkan terjadinya dehidrasi (kurang air dalam badan).
  • Mengalami dhiaria (sakit perut) yang diikuti rasa memulas.
  • Pendarahan yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah petanda kondisi tubuh sudah tidak stabil
  • Pitam, pening diikuti dengan mata yang berkunang-kunang petanda hipoglikemia (gula rendah) dikhuatiri janin mengalami kekurangan gizi.
  • Peluh berlebihan; khususnya peluh dingin petanda bahawa kondisi fizikal ibu hamil sudah tidak kuat lagi untuk berpuasa


Ketika Berbuka

  • Berbuka dengan minuman hangat dan manis untuk meningkatkan kadar gula dalam darah, tetapi ibu hamil juga harus tetap menghadkan makanan dan minuman yang manis.
  • Seterusnya ambil makanan yang mengandung karbohidrat ringkas yang lebih mudah diserap tubuh, seperti kurma.
  • Setelah solat maghrib, makanlah dengan kadar yang lebih besar, tetapi jangan terlalu berlebihan, makan secukupnya sahaja. Usahakan untuk mengambil makanan walaupun sedikit setelah Solat Terawih.
  • Ambil minuman panas seperti susu sebelum anda tidur.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Berpuasa Ketika Hamil"

ADD COMMENT
  1. banyak hal baru yang saya dapatkan dengan membaca artikel diatas. sip deh pokoknya :)

    http://www.jualcrystalxaslimurah.com/

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM