Kelebihan dan Khasiat Kismis
“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering” -Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
Antara Khasiatnya ialah:
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
Kismis adalah buah anggur
yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai
tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya
juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan
mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat
manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan
sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal
di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak
menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri
daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi
adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding
buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Keajaiban khasiat kismis
Apabila ditanya apakah snek makanan
ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan
seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan
yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama
penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi,
masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah
persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan
makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif
bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak.
Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis
hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis
keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di
sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa,
kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu
memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula.
Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan
tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi
penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak
lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih
gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu
menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih
bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja
yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan
satu masalah lagi kepada ibu bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi
mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga
kismis ketika ke sekolah,” katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar
menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai
hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan
kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih
kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada
anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam
bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth
yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu
bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang
diperoleh amat positif.
“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.Ibu & Janin Yang Sihat
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran
untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu
merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan
kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat
turut mula mengambilnya dalam diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu
dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis
mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan
gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
Kebaikan Kismis Untuk Ibu Mengandung
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
No Comment to " Kelebihan dan Khasiat Kismis "