Khasiat Buah delima untuk kesihatan
- Buah delima mengandungi antioksidan
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima
adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.
Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah
beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga
lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal
bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel
akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit
jantung dan alzheimer.
- Buah delima dapat Melindungi jantung
kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences
menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan
penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah
daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri
dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat
diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri
(PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan
menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %.
Aliran darah menurun sebesar 18%.
- Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol
dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical
Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan
oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL
dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser
, Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai
jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser
payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat
mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
–
buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser
prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah
menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap
hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser
prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi
hormon.
- Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan
penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak
amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang
lebih baik
- Buah
delima Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 %
vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga
mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
- sumber
asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula
jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan
kecantikan kulit semula jadi.
- Kandungan
gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk
menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan
segar dan muda selalu.
- Lagi
satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat
caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang
kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer
kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga
ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak
digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau
nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh.
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
- Buah
delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian
dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah
delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang
baru lahir.
- Jus
buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu
yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan
kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang
dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada
sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
- Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
- Ketika
membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer
bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit tak
merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau
disimpan dalam peti ais…lamaka
- Untuk
makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer dan hiris
kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan
mulakan aktiviti mengutil isi buahnya ke dalam mangkuk.dan
nikmatinyer keenakannyer…..
Fakta mengenai Buah delima
- Delima
atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil
berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan
meter.
- Berasal
dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh
kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
- Turut
ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia,
Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan
lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India
Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
- Delima
dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka
Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian
California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
- Di
Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September
sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima
bermula dari Mac sehingga Mei.
- Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
- Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
- Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah. Sumber
Share This:
PENAFIAN
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu
Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.
No Comment to " Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan "