Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya
Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya
Siapa mampu menolak juadah pagi rayakan? Apabila melihat lemang, ketupat dan rendang masakan ibu yang penuh menyelerakan terhidang diatas meja makan. Hanya menunggu untuk diserang bala tentera yang balik untuk berhari raya. Sementara menanti untuk makan tengah hari, mulut pulak tak berhenti mengunyah biskut raya yang dibeli. Sambil menonton rancangan yang melekakan yang banyak dihidang, habis setelap kuih serta kerepek..
Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia. Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.
Makan dengan banyak boleh menyebabkan diabetis dan tekanan darah tinggi terutama bagi ibu hamil. jadi perhatikan dan pratikkan tip Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya dibawah ini.
Makan Alas Perut
Apa yang harus dimakan oleh ibu hamil dipagi raya ialah makanan alas perut seperti buah-buahan seperti limau, epal hijau, kiwi dan sayuran seperti salad sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.
Elak Kafein
Bukan hanya kopi dah teh sahaja malah semua jenis minuman berkarbonat mengandungi kafein. Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya minumlah bersama air suam atau jus buah-buahan. Untuk lebih baik, ambilah bersama soy lecithin sebelum makan makanan berlemak, ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.
Elak Kerepek
Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Makanan yang bergoreng boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelasaiannya disaran mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A,C dan E. Jika suka makan kacang, makanlah kacang parang atau kacang kuda kerana ianya mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi. Cari yang panggang punya, jangan pilih yang goreng.
Elak Makan Protein Bercampur
Janganlah makan protein sekali gus. Sebagai contoh memakan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan. So, apa yang jadi dengan protein dari daging, sotong dan ayam itu? Jika tidak dibuang, ianya terus akan menjadi toksin dan akan menyebabkan penyakit migrain dan masalah-masalah lain.
Risiko Makan Banyak
Antara risikonya adalah sembelit. Apabila ini berlaku, masalah buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau. Ini memudaratkan ibu mengandung seterusnya bayi dalam kandungan.
Apa yang Perlu
Buanglah air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap lagi lazat sehingga menjilat jari, pastikan juga minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari demi kesihatan ibu hamil dan juga anak dalam kandungan.
Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya
Sumber: mestimilik.blogspot.my
Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya
Sumber: mestimilik.blogspot.my
No Comment to " Pemakanan Ibu Hamil di Hari Raya "