Terkini

Menu

Petanda Anda Mengandung

Tanda-Tanda Mengandung

Seperkara lagi bagi pasangan yang baru berkahwin ini ,mereka selalunya bertanya bagaimanakah kita tahu yang kita mengandung.
Ok kali saya hendak bincangkan simptom-simptom hamil dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda hamil. Trimester pertama adalah waktu yang kritikal jika anda tahu akan komplikasi-komplikasi yang bolih berlaku.

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh terjadi pada semasa kehamilan?

Kandungan Luar Rahim atau Kandungan Ektopik.

Kehamilan Ektopik amat serius dan kalau tidak di ketahui awal bolih membawa kematian ibu.Begitulah pentingnya pada peringkat awal mengetahui dimana kedudukan janin anda sama ada didalam atau di luar rahim. InsyaAllah saya akan bincangkan mengenai kehamilan ektopik dalam entri akan datang.
Kandungan Molar jika lewat di diagnosis bolih menyebabkan pertumpahan darah dan alahan mengandung yang teruk. InsyaAllah saya akan bincangkan dalam entri khusus untuknya.
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Apakah simtom-simtom kehamilan dan yang anda perlu lakukan?


Haid terlewat

Menandakan hari pertama haid turun setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir,ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!
Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Diantaranya adalah haid tidak tetap,penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormone,suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.

Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekira anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah sahaja, segera mendapatkan imbasan ultrasound. Diantara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3.
Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid,maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound bolih dipakai.
Kelebihan lain selain dari untuk tarikh,ultrasound juga di gunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim,bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan bolih berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu.Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengnan terperinci. Anda bolih semak semula.

Kerap kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

Keletihan atau Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

Payudara bengkak,sakit dan sensitif

Pergerakan bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua keatas.
Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?
Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test(UPT).
Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT in. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormone yang dihasilkan olih tisu trofoblastik kehamilan.
Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang bolih positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.
Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana dibawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantongnya.
Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilahat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah atau vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa.
Janin akan mula bergerak seawall 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.
Kesimpulan dari perbincangan diatas,jika anda berasa anda hamil,lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu.
Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan,dimana kehamilan ini berlaku dan mempastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Petanda Anda Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM