Terkini

Menu

Posisi Menyusukan Bayi

Posisi Menyusukan Bayi

Posisi Menyusukan Bayi

1) Mendukung/cradle 

Teknik ini yang sangat digemari. Teknik ini diguna pakai sewaktu para ibu-ibu sedang duduk, tak kira duduk di atas kerusi, atas lantai. Sama aje teknik or posisi yang di gunakan. Lebih elok jika di alas bantal bg menyokong badan si ibu kerana, apabila si ibu selesa, produktiviti susu akan lebih meriah. Percaya lah.
Untuk posisi ini, pastikan kepala, badan dan kaki berada dalam keadaan lurus dengan kepala bayi lebih tinggi dari bahagian lain badannya. 


2) Mendakap/clucth hold

Teknik ini sama seperti mendukung tapi kedudukan bayi yang sedikit berbeza. Posisi ini, bayi akan baring pada sisi ibu, dan kaki bayi akan menghala ke belakang ibunya. Ketika menyusukan bayi, pegang kepala dan tampung belakang bayi dengan tangan ibu hampir kepadanya. Lebih selesa jika ibu alaskan kepala bayi dengan bantal, barulah bayi dapat menikmati susu dengan selesa dan aman bahagia.


3) Mendukung bersilang/cross cradle

Posisi ini sama seperti posisi mendukung tetapi yang membezakannya adalah, tangan ibu yang berada jauh dari kepala bayi akan menampung bahagian belakang dan kepalanya.


4) Berbaring/lying down

Posisi yang menjadi pujaan hati para ibu ketika tidur malam. Sangat lah senang sambil-sambil tidur pon boleh menyusukan anak ye tak? Posisinya adalah dengan berbaring mengiring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit. Gunakan bantal untuk menyokong kepala, belakang dan peha ibu. Bayi juga kena baring mengiri mengadap ibu ye. Untuk bahagian kepala bayi, kena tinggikan bagi sama tinggi susu ibunya, caranya? Gunakanlah bantal untuk mendapatkan ketinggian kepala sama dengan susu ibu dia.


Cara Sendawakan Bayi

Setelah siapkan menyusukan anak-anak kita wahai para ibu-ibu, kita kena lah sendawakan dia pulak..Kalau tak disendawakan, alamatnya jeluak susu lah pulak nanti diorg tu. Oleh itu ada teknik jugak untuk sendawakan bayi kita tu, iaitu:-

1) Mendakap

Dukung bayi dengan kepala diletakkan atas bahu ibu, usap belakang badan bayi atau tepuk-tepuk manja dengan tapak tangan ibu dilengkukkan a.k.a cupping style. Tepuk manja-manja je tau.


2) Dudukkan bayi atas riba ibu

Dudukan bayi atas riba ibu, kemudian usap belakang bayi dengan usapan manja. Boleh jugak tepuk-tepuk tapi kena berhati-hati takut sakit belakang dia tu sebab tak ada apa nak tampung depan bayi tu kan.. 

Mudah bukan? Sangat enjoy melakukan ya bukan? Marilah kita, para ibu-ibu yang terhebat, menyusukan anak-anak kita.


Posisi Menyusukan BayiSumber: hushsya.blogspot.my

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Posisi Menyusukan Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM