Terkini

Menu

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula terbuka. Lendir yang kadangkala bercampur dengan darah. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit Belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Dan ia selalunya tidak menyakitkan. Segera ke hospital. Terdapat 2 situasi pecah air ketuban yang biasanya terjadi :

i) Pecah dan keluar air dengan banyaknya pada satu masa. 

Selalunya bila keadaan ini terjadi, segeralah ke hospital tanpa berlengah lagi. Itu tandanya kepala bayi anda sudah menolak “ke bawah” dan mengoyakkan selaput yang melindungi bayi & cecair amnion. Anda sudah bersedia untuk melahirkan pada bila-bila masa sahaja.

ii) Air turun sedikit demi sedikit. 

Kadangkala ada ibu-ibu yang tidak perasan bahawa air yang keluar itu adalah air ketuban. Keadaan ini agak berbahaya kerana sekiranya air ketuban sudah berkurangan, ini boleh mengakibatkan bayi anda berisiko utk “lemas” dan menyebabkan kecacatan selepas kelahiran. Nauzubillah.


Jadi pesanan saya buat ibu-ibu yang sedang menantikan saat untuk melahirkan, sila perhatikan tanda-tanda di atas dan segeralah ke hospital.

Saya doakan ibu-ibu selamat melalui detik pengalaman yang sangat berharga untuk melahirkan cita hati anda dan suami ke dunia ini. Amin!


Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tanda-Tanda Hampir Bersalin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM