Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning Seawal Kehamilan
Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning Seawal Kehamilan
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.
AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.
Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.
Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.
Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.
Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.
Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.
UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.
2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.
Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.
InsyaALLAH Tohour.
Wassalam.
Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus
terima kasih dengan tips yang berguna.....
BalasPadamTime kasih ats tips y sgt bemanfaat.Jemput kunjung ke blog sy utk melihat cara berpantang dgn siht tanpa jamu n herba y jg boleh menyebabkan kuning..
BalasPadamhttp://hairunissajopri.blogspot.com
Terima Kasih
BalasPadamInfo yang sangat berguna..
BalasPadamJemput jalan2 ke blog saya www.bondasihat.com
Informatif...dan sangat bagus utk sesiapa yg mungkin x tahu mengenai jaudice nie
BalasPadamSila dan jemput singgah ke blog http://mamaizznaufal.blogspot.com/
Info berguna..jemput ke blog sy
BalasPadamhttp://dnazzazwuan.blogspot.com
Sgt bermanfaat perkongsian nie :) Alhamdulillah..
BalasPadamSalam..utk madu... jns madu biasa atau madu tualang?
BalasPadamSalam.. 3sudu madu diambil setiap hari ke
BalasPadamAssalamualaikum... info yang sangat berguna..
BalasPadamIzinkan nadia menambah info,
Penjagaan pemakanan juga perlu semasa hamil elakkan makanan yang tinggi asid, bahan pengawet, makanan segera, kalau boleh pewarna pon dikurangkan apatah lagi bagus dielakkan. Semoa memberi manfaat kepada semua ��
Terima Kasih atas perkongsian..
BalasPadamAdd info
BalasPadam-ibu yg berdarah O berkemungkinan besar menghadapi masalah anak kuning
-menjemur anak kalau salah cara boleh menyebabkan anak mati akibat heat stroke
Info yg sgt berguna.
BalasPadamSaya dipaksa bersalin walau jln masih tidak terbuka sepenuhnya. Akibat pain killer yg diambil semasa dlm labour room, both of us mamai teruk. Ank lg la lemah dan asyik tidur hingga kurang menyusu dan akhirnya dikesan ada jaundice ketika hari ke3.
BalasPadamSaya hanya amalkan penyusuan yg berterusan kerana saya yakin dan percaya susu ibu adalah yg terbaik utk bayinya :)
Ye btul tu pn.sy pun teruskn breasfeed je utk atasi ank kuning.sbb ms ank pertama dulu bg mcm2 tp x brp jln.ikut jg pd kesrsuaian baby..akhirnye susu ibu jg y terbaik.Jemput k blog sy utk perkongsian dunia penyusuan dan panduan membuat stok susu
Padamhttp://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html?m=1
Nissa
0193584312
Info yang bagus
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian info ni.anak saya tiga2 org seme kena kuning.siap cucuk pundi kencing amik sample urine.trauma. huhu
BalasPadamP/s: sudi2 lawat blog jahitan saya di http://puanhamidahburham.blogspot.com