Terkini

Menu

Berjuanglah Wahai Isteri

Berjuanglah Wahai Isteri 



Kecekalanya mengurus rutin harian rumahtangga hingga melepuh kulit tangannya,sakit dadanya menggangkat air,kotor bajunya menguli tepung dan hitam wajahnya memasak berdapur arang sudah cukup menjadi contoh kepada wanita akhir zaman tidak usah banyak beralasan.
Tidak terbayang sukarnya menguli tepung dengan pengisar elektrik yang ada di kebayakkan rumah pada hari ini.Apalah susahnya membersihkan debu menggunakan vakum dan membasuh baju menggunakan mesin basuh berbanding wanita mulia ini?

Namun kesempitan dan kepayahan hidup yang dilalui Fatimah al Zahra' رضى الله عنها wanita mulia puteri kesayangan Rasullullah ﷺ menyebabkan terdetik dihatinya di suatu hari untuk bertemu ayahnya berhajatkan memohon sedikit bantuan.

"Apalah kiranya andai Rasullullah ﷺ mendu'akan agar Allah memurahkan lagi sedikit rezeki buat kami sekeluarga" fikirnya

Sebaik tiba di rumah ayahnya didapati Rasullullah ﷺ tiada,lantas hasrat hatinya disampaikan dahulu kepada bunda tirinya Aisyah رضى الله عنها

Mendengarkan apa yang disampaikan isterinya Rasullullah ﷺ segera keluar menuju ke rumah anaknya dan ketika itu mereka sekeluarga sudah bersiap mahu masuk ke kamar untuk tidur.

Rasullullah ﷺ memulakan bicara lembutnya "tetaplah kalian ditempatmu" lalu Rasullullah ﷺ duduk ditengah-tengah antara menantunya Ali Abi Thalib رضي الله عنه dan puterinya Fatimah al Zahra' رضى الله عنها dan bersabda ".. "Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah (الله أكبر) tiga puluh tiga kali, bertasbihlah (سبحان الله) tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah (الحمد لله) tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba/khadam" ~HR al Bukhari~


Sesungguhnya inilah wasiat peninggalan yang amat berharga dari Rasullullah ﷺ buat setiap wanita solehah terutamanya yang mengiginkan kebahagian akhirat mendepani keinginananya kepada dunia yang sementara.

Untuk itu,berjuanglah wahai para suami dan isteri terutamanya.Amalan yang tidak dirintangi dengan keuzuran yang setiap wanita alamai secara fitrahnya.

  • Seandainya tidak diketahui kebaikan berbakti sebagai suri,nescaya setiap isteri akan merasa betapa jemunya melaksanakan rutin sehari-hari.
  • Seandainya longgar iman yang terpahat di hati nescaya setiap isteri akan terasa beban menjalankannya.
  • Seandainya tidak menggunung harapan kepada permata hati tersayang,nescaya setiap isteri tidak akan sanggup menjalani hari-hari tanpa upah dan gaji.
  • Seandainya bukan kerana mahu meraih redha Ilah,nescaya setiap isteri tidak akan mempersia-siakan bakti kepada suami.
  • Seandainya tiada bidadari syurga yang akan cemburu kepada setiap isteri yang solehah, nescaya tidaklah seorang isteri itu bersusah payah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sebaik-baik penilai usaha amal bakti setiap isteri yang mahu meraih redha Ilahi dan suaminya.

Perbanyakkan Istighfar keampunan kepada Allah سبحانه و تعالى
¤ استغفــر الله الــذى لا الـــه الا هـــو الحـــى القيـــوم وأتــــوب الــيه ¤

Perbanyakkan Selawat dan Salam kepada Rasullullah ﷺ
¤ اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم ¤

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Berjuanglah Wahai Isteri "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM