Terkini

Menu

Jauhi Pokok Ini Dari Anak & Keluarga Anda

Jauhi Pokok Ini Dari Anak & Keluarga Anda


PERHATIAN / RALAT: Artikel dibawah disahkan sebagai HOAX dilaman ini: http://bit.ly/H9l3eB kerana ulasan yang keterlaluan (exaggerate) atas kesan keracunan apabila termakan/mengigit daunnya. Walau bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan agar mengambil langkah berhati-hati kerana pokok ini tetap beracun dan kematian dan keracunan akibat dari termakan daun pokok ini boleh terjadi. 


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Sumber : Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

13 ulasan to ''Jauhi Pokok Ini Dari Anak & Keluarga Anda"

ADD COMMENT
  1. Takut nya.mmg ada pokok nie dekat rumah

    BalasPadam
  2. Anak sulung sy ada tergigit daun pokok nih. Alhamdulillah...nasib baik takde pepe. Cuma mmg dia menangis kuat mcm sakit. Sy bg minum air 0 banyak2 n basuh muka dia. Mmg kena beware pasnih.

    BalasPadam
  3. Saya mohon kongsi entry yg sy tertarik ye..agak banyak..terima kasih

    BalasPadam
  4. selalu nampak pokok ni.diharap pihak sekolah rendah dapat buang pokok ni dari kawasan sekolah

    BalasPadam
  5. apa erkk nama pokok ni?

    BalasPadam
  6. http://www.hoax-slayer.com/killer-house-plant-warning.shtml

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing..selama ni xtau pun!

    http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/10/tips-memilih-kolagen-yang-terbaik.html?m=1

    http://bit.ly/16hUH5n

    BalasPadam
  8. Dulu saya penah kena getahnya....sgt gatal & kulit membengkak. Hati2 ye.

    BalasPadam
  9. Tidak perasan pulak pokok ni beracun, saya selalu dok mesen pokok ni dalam sebulan tiga kali. Getah nya memang gatal teramat gatal. Terima kasih banyak dari info anda.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. tkotnye...tak tahu pon pokok hiasan ade yg beracun...terima kasih atas info yg diberikan.

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM