Terkini

Menu

Kebaikan Tahnik Menurut Perubatan Moden

Tahnik Dan Kebaikan Dalam Perubatan Moden

Kebaikan Tahnik Menurut Perubatan Moden

Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu.

Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakan rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Kajian sains juga menunjukkan bahawa seria rasa pada lidah (taste bud) pada bayi terhadap rasa masam dan manis telah terbentuk sejak dilahirkan. Tujuan ALLAH menjadikan bayi mempunyai deria rasa pada usia yang awal ialah bagi menggalakkan mereka menikmati susu ibu mereka yang manis. Pemberian manisan di peringkat awal akan merangsangkan lagi deria rasa ini. 

Pada saintis dan doktor telah mengambil idea dari amalan bertahnik ini dalam membantu bayi yang baru dilahirkan mengurangkan rasa sakit ketika menjalani rawatan di wad NICU hospital.

Bagi ibubapa yang pernah diuji dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang dan dimasukkan ke dalam NICU, tentu kasihan melihat bayi-bayi mereka menangis apabila dicucuk dengan jarum untuk diperiksa tahap gula dalam tubuh bayi mereka setiap empat jam. Bayangkan dalam sehari, mereka dicucuk di tapak kaki sebanyak enam kali.

Begitu juga dengan bayi yang disuntik untuk vaksinasi. Mereka hanya diberikan ubat paracetamol apabila balik ke rumah, sedangkan kesakitan pada masa dicucuk, tidak diendahkan oleh sesiapa. Bayi yang tidak menangis ketika dicucuk tidak bermakna mereka tidak merasakan kesakitan.

Kesakitan akibat disuntik dengan jarum adalah sesuatu yang realiti. Ia dapat dikesan melalui perubahan pada perlakuan dan fisiologi mereka. Selain menangis, jantung mereka akan cepat berdegup, anak mata akan membesar, pernafsan mereka menjadi laju, kepekatan oksigen dalam darah akan menurun dan mengeluarkan peluh yang lebih banyak.

Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan agar bayi yang akan disuntik ini diberikan manisan sucrose, sama ada setelah disuntik dan sebaiknya beberapa minit sebelum disuntik. Amalan ini seolah-olah men’tahnikbayi yang akan disuntik.

Banyak kajian mendapati manisan sucrose yang terdapat sebagai manisan buah-buahan boleh dijadikan sebagai ubat menahan sakit (analgesic) kepada bayi. Dengan ini ubat-ubat penahan sakit yang lain seperti paracetamol dapat dielakkan.

(rujuk: Blass EM, Hoffmeyer LB. Sucrose as an analgesic for newborn infants. Pediatrics 1991;87:215-8.)

Malah buah kurma yang kaya dengan sucrose dan fructose adalah pilihan terbaik untuk dijadikan ubat penahan sakit.


Sumber: drzubaidi.com
Kebaikan Tahnik Menurut Perubatan Moden

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Kebaikan Tahnik Menurut Perubatan Moden "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM