Terkini

Menu

Tips Mengajar Anak Supaya Ikhlas

Tips Mengajar Anak Supaya Ikhlas

Tips Mengajar Anak Supaya Ikhlas

Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?


Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
  • Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya."Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda.
  • Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah.Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri.Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
  • Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan.
  • Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Seperti kawan baik saya, Aminah, tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya.
  • Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Sumber: www.iluvislam.com
Tips Mengajar Anak Supaya Ikhlas

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Mengajar Anak Supaya Ikhlas "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM