Terkini

Menu

Tips Umrah Bawa Anak Kecil

Tips Bawa Anak Kecil Pergi Umrah


Assalammualaikum w.b.t.


Ramai diantara kita yang mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak kecil. Bila bawa anak-anak kecil ini bersama, buat Checklist keperluan, tapi kena buat sebab ia perjalanan yang jauh dan tidak dapat dijangka. Berikut adalah beberapa contoh persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecik bersama :-

  1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.
  2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema - Lebih kurang seminggu sebelum pergi, sebaiknya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. InsyaAllah, doktor kan berpengalaman.
  3. Buku-buku dan alat tulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka ketika kita sedang menguruskan urusan kita di dalam hotel terutamanya.
  4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid. 
  5. Topi untuk pakai semasa keluar (Jika perlu)
  6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.
  7. Carrier untuk anak kecil dan juga backcarry.
  8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.
  9. Termometer. Mungkin juga coolfever.

Sebaiknya sebelum pergi umrah, mulalah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah. Selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Boleh juga tunjukkan kat anak-anak keadaan tempat yang akan mereka pergi nanti seperti cerita-cerita travelog umrah di TV alHijrah dan juga ketika azan berkumandang yang menyiarkan live Kaabah.



Berikut ada beberapa pandangan yang telah kami dapatkan tentang tip-tip membawa anak-anak kecil:-

  • Buat mase ni pengalman saya masa pergi sediri dan yang kakak ipar saya buat kalau budak tu dh boeh jln bawa je..kalau kat tempat sai'e tak payah risau budak2 agak selamat..malah diorg pun suka nak jln2 dan brlari2 anak...cuma kena berjaga2 mase tawaf...sy tgk ank2 saudare sy yang dah besar sikit boleh follow je cuma ibu bapa xgalak pergi menyelit nk cium kaabah atau sbagainya better jln jauh ckit tak payah duk dkt2 sgt ngan kaabah..ikut bulatan yg agak jauh supaya ank2 slamat...sbb org arab kdg2 langgar je..
  • aizat mansor kalau kanak2 yg kecik dlm umr 2-4 thn better ayah dukung atau letak kat leher lg selamat...boleh je bw troley tu cuma stil xleh ikut bulatan yg dalam nnt sng kena langgar...
  • aizat mansor kalau mak n ayah nk dkt ngan kaabah better gilir2 jaga anak n bukan masa dlm keadaan ihram...selain tu utk ibadah solat kat masjidil haram insya allah mmg budaya kat sana org arab bw anak...cuma smasa smayang andai ank dh bleh berjalan time solat tu kna jaga2 sbb pernah ada bdak time mak dia solat dia g jln...smpai mak dia yg tgh solat trus bhenti solat n kejar...dkt sana ada yg jual mcm pengikat utk ank2,...jd mase kita solat ikat kat pinggang dia n ikat kat tangan kita..jd kalau dia grak pn xleh jauh...
  • siti hawa ahmad akk..wani...abg ipar sy...bawak stroller..tp stroller yg ringan dn mudah untuk lipat2..nnt mudah nk bwk msok flight dn bas nnt.. Klo nk ziarah luar dn dlm..abg ipar bwk ank pkai stroller..tp kt dlm msjid nabawi xboleh bawak stroller, cuma kawasan dataran luar shj..stroller kena letak dpn pintu..klo kt masjidilharam, abg ipar dn akak gilir2 dukung, sbb jemaah ramai..appa2 pon doa' kita pada allah..insya'allah Allah mempermudahkan jalan.

Semoga memberi manfaat, InsyaAllah :)

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Umrah Bawa Anak Kecil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM