Terkini

Menu

Kencing Manis Semasa Hamil


Soalan:
SAYA mengandung anak kelima dan kini berumur 36 tahun. Keempat-empat kehamilan sebelum ini tidak bermasalah. Semasa menjalani pemeriksaan kehamilan, doktor mendapati air kencing saya mengandungi gula. Jadi saya perlu menjalani ujian kencing manis semasa hamil. Alangkah sedihnya, keputusan tersebut menunjukkan saya mengalami kencing manis. Saya risau. Mohon doktor bantu.

Cempaka, Sabah.


Jawapan:
Kencing manis semasa hamil dikenali sebagai diabetes gestasi. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetes ini berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi. Diabetes gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetes gestasi akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan ke-28 kehamilan. Doktor akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temujanji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin, ini mungkin tanda diabetes gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Kebiasaannya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom tetapi anda akan mengalami keletihan, dahaga terlampau, membuang air kecil dengan banyak dan penglihatan kabur. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor.

Kesan Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah adalah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan menyukarkan proses kelahiran dan kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis cenderung mengalami obesiti dan diabetes jenis 2.

RisikoAnda berisiko tinggi untuk mempunyai diabetes gestasi jika indeks jisim badan (BMI) melebihi 30kg/m2, pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat 4kg atau lebih, keluarga dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi.

RawatanDalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet dan selalu bersenam. Doktor akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu mengawal cara pemakanan dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protein tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disaran mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak - doktor anda akan menunjukkan caranya. Anda perlu melakukan ujian imbasan ultrabunyi untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Mengawal diabetes gestasiDalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetes gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman. Jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Sumber : Utusan Malaysia

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Kencing Manis Semasa Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM