Terkini

Menu

Pendarahan Pada Awal Kehamilan

Pendarahan Pada Awal Kehamilan

Pendarahan Pada Awal Kehamilan


Pendarahan semasa awal kehamilan sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini.

Anda mungkin mengalami pendarahan "bulus". Hormon kehamilan menahan kitaran hormon kita yang biasa, tetapi variasi dalam kitaran itu masih berlangsung. Beberapa wanita memerhatikan pendarahan bulus di sekitar masa mereka akan didatangi haid jika tidak hamil. Ini disebabkan variasi "latar belakang" dalam tahap hormon.
Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan bulus.

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan boleh juga disebabkan:
  • jangkitan vagina;
  • jangkitan serviks;
  • polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
  • Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan.

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, adalah tidak normal dan anda haruslah berbincang dengan doktor anda mengenainya.

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda:
  • keguguran;
  • kehamilan ektopik (di mana embrio tertanam dalam tiub fallopio bukannya rahim).

Di peringkat kehamilan lewat, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Jika kita telah mengalami pendarahan pada awal kehamilan, tidak hairanlah jika kita berasa bimbang. Hubungilah doktor anda. Dia boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.

Sumber: aunisaafia.blogspot.com
Pendarahan Pada Awal Kehamilan

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Pendarahan Pada Awal Kehamilan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM