Terkini

Menu

Susu Tersumbat

 

Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi. Antara punca berlakunya perkara ini adalah tempoh antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama, proses cerai susu yang terlalu drastik mahupun penggunaan saiz corong breast shield yang tidak sesuai. Keadaan duktus susu tersumbat yang tidak dirawat bukan sahaja boleh mengakibatkan penghasilan susu menjadi kurang malah boleh turut menyebabkan mastitis kerana susu yang masih tertinggal menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik.


Symptom:
  • Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump
  • Penghasilan susu yang merundun
  • Terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”
  • Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.
Rawatan:
  • Tingkatkan kekerapan direct feeding bagi memastikan payudara dapat dikosongkan
  • Urut pada bahagian payudara yang bengkak bagi membantu melancarkan aliran susu sekaligus merawat keadaan duktus yang tersumbat
  • Tuam payudara bagi mengembangkan saluran duktus susu dan mencapai letdown dengan lebih cepat. Gunakan heating pad sebelum menyusu sekiranya perlu.
  • Tekan pada kawasan benjolan semasa proses penyusuan sedang berlangsung
  • Mandi dengan air panas dan halakan payudara terus pada air yang mengalir
  • Jalankan terapi ultrasound (perlu ke klinik bagi prosedur ini)

Pencegahan:
  • Selalu ubah posisi penyusuan agar pengaliran susu menjadi rata bagi kesemua bahagian payudara
  • Elak daripada menggunakan bra yang terlalu ketat
  • Mengambil lecithin bagi mengelakkan daripada recurring blocked duct
  • Memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna setiap kali selepas sesi penyusuan selesai.
  • Sekiranya perlu, pump setelah anak selesai menyusu bagi mengeluarkan saki baki susu yang masih terdapat dalam payudara
Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Susu Tersumbat "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM