Terkini

Menu

Tindakbalas Menghisap Pada Bayi

Refleks Menghisap 

bayi suka menghisap jari

Refleks Rangsangan Penghisapan dan Refleks Menghisap penting untuk permulaan dan kejayaan penyusuan ibu yang seterusnya.

Kebolehan menghisap susu bagi seseorang bayi, merupakan kebolehan semulajadi yang paling penting untuknya meneruskan kehidupan.
Apabila puting berada dalam mulut bayi, permulaan hisapan susu merupakan suatu tindakbalas atau refleks. Kebolehan menghisap susu bermula dari Refleks Menghisap.

Kedua-dua refleks di atas ada kaitan untuk terlaksananya proses penghisapan susu yang normal dan memastikan pemakanan dan bekalan tenaga yang mencukupi bagi pembesaran dan perkembangan bayi yang sempurna.




Cara Mendapatkan Refleks Rangsangan Dan Menghisap Susu


Apabila jari anda yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ia akan menghisap dengan kuat sekali. Apabila anda menyentuh bibir atas bayi, ia akan berpaling ke arah sentuhan seolah-olah sedang mencari puting susu ibunya yang akan menyusukannya.

Jika bayi tidak mempunyai kedua refleks yang ditunjukkan di atas, ini menyebabkan seseorang bayi itu mengalami masalah untuk menghisap susu. Jadi, bayi memerlukan bekalan makanan yang diberi secara tiruan contohnya dengan memasukkan tiub ke dalam perut atau diberi dengan menggunakan sudu.

Biasanya kesukaran untuk menghisap susu berlaku buat sementara waktu sahaja terutama sekali sekiranya bayi yang dilahirkan itu bermasalah.

Masalah menyusu ini biasanya dialami oleh bayi yang mengalami lemas yang teruk semasa dilahirkan, dilahirkan tidak cukup bulan, otak yang tidak normal, sumbing bibir dan lelangit dan lain-lain.

Jika masalah menghisap susu ini berterusan, ini menunjukkan bahawa bayi ini mempunyai masalah yang agak serius yang mungkin ada kaitannya dengan kelambatan perkembangan secara keseluruhannya.

Masalah sebegini memerlukan perhatian segera oleh seorang doktor dan perlu dirujuk kepada doktor yang terlatih. Bayi ini memerlukan penyelidikan dan rawatan yang berterusan secara menyeluruh bergantung kepada masalah-masalah lain yang dihadapi oleh bayi tersebut.


Sumber: www.neskopi.com
Tindakbalas Menghisap Pada Bayi

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tindakbalas Menghisap Pada Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM