Terkini

Menu

Tips Atasi Loya Semasa Hamil

Tips Atasi Loya Semasa Hamil


  • Kerap makan snek. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika anda tidak berkesempatan untuk makan, minum air barli atau glukos. 
  • Adalah menjadi kebiasaan untuk anda mengalami kadar gula dalam darah yang rendah kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi. Jika anda berasa loya di waktu pagi, cubalah makan sedikit biskut atau buah pisang sebelum bangun dari katil. Makan sedikit snek sebelum tidur mungkin dapat membantu.
  • Pilih makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum, biskut kraker, nasi dan kentang. Makanlah makanan yang tidak mengandungi asid seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng. 
  • Makanlah mengikut keinginan anda, asalkan anda mengawal diet anda dengan sihat. Anda mungkin juga teringin untuk makan makanan yang tidak pernah anda makan. Ini adalah perkara normal.
  • Cuba dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan kalau boleh, tidur sebentar di waktu siang. Elakkan stres. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu-minggu awal kehamilan, dan ini boleh mengakibatkan loya dan muntah. 
  • Minum banyak air, jus buah-buahan dan susu. Elakkan kopi dan alkohol.
  • Cubalah akupuntur - ramai wanita menyukainya. 
  • Jika anda jenis yang mabuk laut atau mabuk di dalam kereta, cuba elakkan berkereta dengan jarak yang jauh atau menaiki bot. Ini akan memburukkan lagi muntah dan loya anda.
  • Elakkan asap rokok dan asap kenderaan kerana ia mendorong anda loya atau muntah
  • Halia adalah ubat loya yang diketahui umum. Teh halia sesuai untuk anda dan banyak dijual di farmasi atau di pasaraya. Anda juga boleh mencuba biskut halia atau minuman halia untuk kes-kes loya yang biasa. 
  • Cuba gelang penahan mabuk laut. Ia akan memberikan tekanan kepada pergelangan tangan anda dan mudah di dapati di farmasi.

Jika semua di atas tidak dapat mengurangkan muntah dan loya anda, ketahuilah bahawa loya dan muntah pada waktu pagi adalah proses kehamilan yang normal dan sihat. Ia akan berkurangan dalam 14-16 minggu kehamilan.

Sumber: www.drypers.com.my
Tips Atasi Loya Semasa Hamil

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Atasi Loya Semasa Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM