Terkini

Menu

Tips Jadi Bapa Muda Terhebat

Tips Jadi Bapa Muda Terhebat

Tips Jadi Bapa Muda Terhebat


1. Jadi Pendengar Yang Baik

Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya. Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu dan bapanya. Maka peranan anda adalah menjadi seorang pendengar yang setia. Sentiasa melayannya bercakap dan menjawab segala pertanyaannya itu walaupun tidak masuk akal. Mereka akan sentiasa rasakan diri mereka terhibur dengan anda walaupun jawapan anda tidak logik.


2. Mendalami Dunia Anak-anak

Dalam usia anda memasuki umur 27 hingga 29 tahun, ada anak yang telah berumur empat tahun. Pada usia mereka ini, anda haruslah bersedia dijadikan sebagai ‘ruang rujuk’. Ruang rujuk ini bermaksud situasi anak-anak menganggap bapanya sebagai rakan sepermainan. Maka pada usia anda 27 hingga 29 tahun ini, anda harus bersedia untuk menjadi kanak-kanak riang semula. Mungkin anda harus menemani anak bermain jongkang-jongket, buaian putar, menaiki kereta kuda muzik bersamanya di pusat membeli belah ataupun taman tema dan sebagainya.



3. Tidak Boleh Penat

Jangan berasa penat dengan kerja-kerja menjaga anak. Jangan menolak ajakan anak yang ingin ke tempat permainan walaupun pada waktu itu anda penat dengan aktiviti seharian dan baru ke rumah. Bagi yang masih kecil, jangan berat hati untuk bangun di tengah malam semata-mata untuk membuat susu kepadanya. Bila sudah jadi bapa, kena ingat semua itu merupakan tanggungjawab anda.



4. Sentiasa Memeluk Anak Anda

Kajian mendapati jiwa anak-anak kecil akan semakin positif sekiranya dia dipeluk setiap hari oleh orang tuanya. Anak-anak juga kurang jatuh sakit jika dipeluk dengan kasih sayang lebih daripada tiga kali setiap hari. Emosi mereka juga lebih stabil. Kuasa pelukan ini terbukti apabila anak-anak yang dipeluk kurang menangis berbanding kurang dipeluk.



5. Ikuti Cara Didikan Rasulullah SWT

Ajaran dan perlakuan baginda merupakan contoh terbaik untuk diikuti dalam mendidik anak-anak. Rasulullah sering memanjakan anak dan cucu sewaktu bermain-main dengan mereka. Baginda juga selalu memeluk mereka dengan penuh kasih sayang sambil memberikan nasihat berguna.

Sumber: pama.karangkraf.com
Tips Jadi Bapa Muda Terhebat

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Jadi Bapa Muda Terhebat "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM