Terkini

Menu

Tips Menghilangkan Ruam Secara Tradisional



Cara tradisional untuk merawat ruam pada tubuh bayi ialah dengan menggunakan manjakani.
  1. Tumbuk beberapa biji buah manjakani hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. 
  2. Kemudian, sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. 
  3. Lakukan setiap malam. 
Kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat lembut dan sensitif. Kadang kala, bayi anda dijangkiti ruam pada badan atau ruam lampin.

Antara punca berlakunya ruam ialah: 

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2. Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3. Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain. 



Bagaimana untuk merawat masalah ruam dan cara mencegahnya? 

Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. 

Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing . 

Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. 

Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat. 


ANTARA CARA LAIN :

1. Daun buluh
Ambil segenggam daun buluh dan tumbuk hingga lumat. Bancuhkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian-bahagian dimana terdapatnya ruam ataupun campak itu. 

2. Ubi bemban
Ambil ubi bemban dan tumbuk, kemudian bancuhkan dengan air sejuk, tapis dan ambil airnya. Biarkan air tapisan itu sehingga pati ubinya mendap ke bawah. Buangkan air tersebut dan ambil mendapan tersebut untuk disapu ke bahagian badan anak yang terkena penyakit tersebut. 

3. Tepung ubi
Ambil dalam secamca besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian lumurkan ke badan anak. 

4. Air kelapa
Ambil sebiji kelapa hijau yang masih muda, tebuk dan bacakan selawat nabi tiga kali dengan doa agar penyakit ruam atau campak itu sembuh. Kemudian, air kelapa diberi minum kepada anak yang sakit itu. Langkah yang sama juga dilakukan jika orang dewasa yang menghidapi ruam atau demam campak. 

5. Limau purut
Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan hingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian badan yang ditumbuhi ruam atau campak itu.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Tips Menghilangkan Ruam Secara Tradisional"

ADD COMMENT
  1. Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM