Terkini

Menu

Urutan Selapas Bersalin

Kebaikan Urutan Selapas Bersalin


Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Siapa yang tidak mengurut badan selepas melahirkan anak pasti tidak akan menikmati kelebihannya


Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.

Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti berikut:
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung.
  • Menaikkan rahim.
  • Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
  • Memecahkan lemak.
  • Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
  • Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.


Sumber: pama.karangkraf.com
Urutan Selapas Bersalin

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Urutan Selapas Bersalin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM