6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau
Kehamilan melibatkan perubahan fisiologi tubuh dan kebanyakkan tanda tanda kehamilan berpunca dari rembesan hormon yang dikeluarkan oleh uri. Rasa mual, muntah sekali sekala, sengal perut dan pening merupakan sebahagian dari sakit sakit ringan yang kerap terjadi dan sesuatu yang anda tidak perlu risau. Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda tanda kehamilan yang wanita fikir ia adalah simtom kehamilan biasa tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Berikut adalah tanda tanda amaran yang anda perlu risau dan perlu segera berjumpa doktor sekiranya ia terjadi.
Pendarahan faraj kerap terjadi diawal kehamilan dan sering dikaitkan dengan keguguran. Walaubagaimanapun sekiranya pendarahan disertai dengan sakit pada perut dan rasa pitam, ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau ‘ectopic pregnancy’. Hamil diluar rahim terjadi apabila telur yang disenyawakan terbenam di dalam salur peranakan atau sekitar kawasan pelvis dan bukan didalam rahim. Sekiranya kandungan ini pecah, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan boleh membahayakan nyawa. Pendarahan faraj juga boleh berlaku semasa trimester ke 2 atau ke 3 tetapi ia lebih dikaitkan dengan uri bawah ( placenta previa ) atau abruptio placenta, ia satu keadaan dimana uri merekah dari dinding rahim menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku. Jangan berlengah untuk berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku pendarahan tidak kira tempoh kehamilan anda.
Tanda Amaran Serius 2: Muntah keterlaluan
Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.
Tanda Amaran Serius 3: Pergerakkan bayi kurang secara mendadak
Memang kerap terjadi diwaktu waktu tertentu ibu merasa pergerakkan bayi kurang aktif dari biasa tetapi sekiranya pergerakan bayi tiba tiba menurun berjam-jam lamanya, ia mungkin tanda bayi kekurangan oksigen atau tenaga. Sekiranya anda rasa bayi tidak begitu aktif , cuba dulu tip ini. Minum air sejuk dan makan atau tidur mengiring dan perhatikan seketika samada bayi kembali aktif atau tidak. Anda juga boleh memerikan stimulasi dengan cuba dengarkan muzik atau bunyi-bunyian untuk mengejutkan bayi dari tidur. Mencatat pergerakkan bayi anda mungkin boleh menolong. Secara umumnya, anda selalunya akan merasa 10 pergerakkan dalam masa 2 jam, sekiranya kurang, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor, ujian CTG ( jantung bayi) dan Ultrasounds boleh menentukan kesihatan bayi anda.
Tanda Amaran Serius 4: Kontraksi Pada Awal Trimester Ke 3
Kontraksi yang kerap mungkin tanda kelahiran pra-matang tapi bagi ibu kali pertama, mereka sering keliru dengan kontraksi Braxton Hicks. Braxton Hick boleh terjadi bila bila masa tetapi ia tidak konsisten dan akan berhenti dengan sendiri selepas beberapa jam. Kontraksi sebenar akan menjadi lebih kerap, bertambah sakit dan sekiranya disertai dengan pendarahan 'show' iaitu darah bercampur lendir, kemungkinan besar anda bakal mengalami kelahiran pra-matang. Kiranya anda pasti kontraksi anda semakin kerap, jumpa doktor dengan segera dan jangan tunggu keesokkan harinya. Sekiranya ia masih dalam peringkat awal, doktor masih sempat untuk cuba memberhentikan kontraksi dan memberikan ubat matangkan paru-paru bayi. Dengan itu, risiko komplikasi bayi pra-matang akan dapat dikurangkan.
Tanda Amaran Serius 5: Pecah Air Ketuban
Ibu & Janin Yang Sihat
Sekiranya anda sedang berehat, berbaring atau menonton TV dan tiba-tiba air mengalir keluar dari faraj membasahi sarung, baju atau cadar tilam anda, kemungkinan anda mengalami pecah air ketuban. Pecah ketuban kerap dikelirukan dengan aliran air kencing kerana terkencing secara tiba tiba juga sering terjadi disebabkan oleh rahim yang memberi tekanan pada pundi kencing. Sekiranya anda kurang pasti samada ia air kencing atau ketuban, pergi ke tandas dan buang air kencing sepenuhnya. Sekiranya air masih mengalir dicelah kangkang anda, sudah pasti anda pecah ketuban. Jumpalah doktor dengan segera. Pecah ketuban mempunyai risiko tersendiri seperti jangkitan kuman pada bayi yang boleh memberikan komplikasi yang serius selepas dilahirkan.
Tanda Amaran Serius 6: Sakit Kepala berterusan, Penglihatan kabur dan Bengkak keterlaluan
Sekiranya anda mengalami masalah ini semasa trimester ke 3, kemungkinan besar anda mengalami Pre-Eclampsia. Ia adalah keadaan dimana darah tinggi naik dengan mendadak disertai dengan protin yang banyak dalam urin. Ia adalah satu komplikasi kehamilan yang serius dan boleh membawa maut. Jumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan tekanan darah dan air kencing. Pemeriksaan antenatal yang rutin boleh mengawal penyakit ini pada peringkat awal.
Sumber: portal.alamhamil.com
6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau
Sumber: portal.alamhamil.com
6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau
No Comment to " 6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau "