Terkini

Menu

Bahaya Menghayun Tangan Anak




Siku Teralih / Terkehel: Bagaimana masalah ini berlaku?


Ligamen annular (annular ligament) ke radial head (rujuk gambar) adalah nipis dan masih lemah pada bayi dan anak-anak kecil. Radial head subluxation terjadi apabila berlaku tarikan secara tiba-tiba di lengan anak kemungkinan akibat menghayun tangan anak. Tarikan / hayunan ini menyebabkan koyakkan pada struktur tisu lembut ini dan menyebabkan ligamen annular teralih ke sendi radiohumeral dan terperangkap pada permukaan kedua-dua sendi apabila lengan dilepaskan. Ini menyebabkan kesakitan apabila ligamen annular ini terutamanya apabila ditekan. 

Sentakan secara tiba-tiba pada lengan merupakan faktor utama berlakunya siku teralih / terkehel (nursemaid' elbow dislocation) dikalangan anak-anak. Sentakan ini mungkin berlaku kerana mengangkat anak-anak pada lengan mereka atau menarik tangan atau lengan kanak-kanak itu yang seterusnya mengakibatkan kecederaan. Kebiasaannya kanak-kanak ini hanya akan menangis kesakitan dan tidak boleh mengerakkan siku mereka.

Ini merupakan kecederaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak terutamanya pada anak-anak yang berumur sekitar dua tahun. Kanak-kanak ini mungkin tidak dapat menerangkan apa yang berlaku dan hanya menangis.


Bagi anak-anak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun, kecederaan ini berkemungkinan menjadi lebih serius yang boleh mengakibatkan keretakan tulang atau terkehel. Keretakan tulang yang biasa pada umur ini akibat dari berlakunya siku terkehel (dislocation) adalah keretakan supracondylar. Keretakan ini biasanya berlaku dibawah humeral shaft (tulang lengan) di bahagian olecranon (pangkal tulang Ulnar pada tangan / hujung siku) yang bersambung pada tulang lengan. Tulang ini masih terlalu nipis pada kanak-kanak.

Diterjemahkan dari: www.eorthopod.com/content/nursemaids-elbow

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bahaya Menghayun Tangan Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM