Kembung Perut Bayi
Bayi sering menangis tanpa sebab, ini disebabkan mereka tidak dapat meluahkan perasaaan dengan perkataan. Oleh itu, apabila mereka rasa tidak selesa, menangis adalah satu-satu cara bayi mendapatkan perhatian dari ibu bapa.
Para Ibu bapa didapati sering berhadapan dengan masalah kembung perut bayi, dan menyebabkan bayi menangis tanpa henti, tidak dapat tidur dengan lena, dan kurang selera untuk meminum susu . Keadaan tersebut sungguh membimbangkan para Ibu bapa.
Masalah ini lebih kerap dialami bagi bayi baru lahir, berusia antara dua minggu hingga enam bulan. Ianya akan berterusan hingga usia dua tahun atau lebih.
Bayi yang mengalami angin dalam perut, atau kembung, biasanya akan menangis dengan kerap tanpa sebab. Keadaan ini berulang setiap hari, dan sering berlaku pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut sukar diketahui, tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya seperti berikut:
Faktor- faktor yang menyebabkan bayi perut kembung:
- Bayi tertelan terlalu banyak udara: Semasa Bayi menyusu daripada botol dengan terburu-buru, udara berlebihan akan tertelan oleh bayi.
- Saiz lubang puting botol yang tidak sesuai ,atau botol condong semasa menyusu, bayi akan tertelan udara yang berlebihan melalui jurang puting.
- Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.
- Ketidakhadaman : Masalah usus pengumpulan najis, mengakibatkan pengeluaran gas yang disebabkan oleh bakteria buruk hiperplasia.
- Alahan protein susu : Bayi alah terhadap protein susu, intoleransi laktosa, radang usus yang disebabkan oleh penghadaman dan malabsorption, mudah menghasilkan gas dalam perut bayi, dan menyebabkan masalah perut kembung.
- Masalah organ-organ abdomen atau masalah usus: kemungkinan perut kembung disebabkan oleh masalah organ-organ abdomen atau usus, dapatkan nasihat doktor jika keadaan berterusan dan kritikal.
Bagaimanakah ibubapa mengelak dan mengatasi dengan masalah kembung perut bayi?
Kaedah 1
Jangan biarkan bayi rasa lapar terlalu lama, ia akan mengakibatkan bayi menghisap susu terburu-buru lalu tertelan berlebihan udara. Pastikan selepas menyusu, dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan daripada esofagus.
Kaedah 2
Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
Kaedah 3
Mengurut perut bayi mengikut arah jam selama 5 minit. Digalakkan menyapu minyak bayi atas abdomennya,ini membantu motilitas gastrousus dan pelepasan gas untuk meningkatkan pencernaan dan penyerapan.
Kaedah 4
Jika susu ibu mengandungi terlalu banyak laktosa, yang menyebabkan proses penapaian yang berlebihan dalam perut bayi, ia akan menyebabkan perut kembung. Maka ibu harus menghadkan pengambilan glukosa mereka dalam makanan. Jikalau bimbang berlebihan laktosa dalam susu ibu, makanan seperti kacang, jagung, keledek, dan makanan pedas harus dielakkan dalam diet harian.
Kaedah 5
Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan. Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
Kaedah 6
Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan gas sendawa dan perut kembung. Sebagai contoh, bijian kasar, sayur-sayuran seperti kacang pis,dan kacang soya lenyek. Semua ini mengandungi serat yang membawa kepada angin kolon. Buah - buahan seperti kiwi, pear, nanas mengandungi kepekatan gula yang tinggi juga punca mengakibatkan kembung perut bayi, makanan dan minuman tersebut harus dikurangkan.
Kaedah 7
Jika keadaan kembung perut bayi mengakibatkan muntah, hilang selera makan, kehilangan berat badan, kesukaran dalam membuang air besar dan membuang angin, demam, najis berdarah , atau perut bayi terasa keras, sesak nafas, ketulan yang serupa di dalam abdomen, pemeriksaan perubatan dan rawatan secepat mungkin diperlukan untuk bayi anda.
Sumber: Facebook
No Comment to " Kembung Perut Bayi "