Terkini

Menu

Panduan Mudah Hamil

Panduan Mudah Hamil


1. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis, fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke-14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke-16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit.

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
  • Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. 
  • Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
  • Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
  • Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
  • Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
  • Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
  • Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
  • Baca quran 2-3 muka setiap hari.
  • Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Panduan Mudah Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM