Petua Bayi Batuk & Selsema
Petua Menghilangkan Lendir Pada Bayi
Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doktor?
Puan boleh melakukan perkara di bawah :
- Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.
- Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.
- Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
- Jika anak puan mengalami batuk atau selsma bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
- Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.
- Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.
Bayi 6bln ke bwh cmne lak
BalasPadamAnak 2 thun cam na plk...
BalasPadamanak sy batuk masa usia 3 bln so dikira 6 bln ke bwh la kan. sy guna minyak tropika satu kt dada depan n blkg calit sikit kat hidung. sy guna nasal spray sterimar and nasal suction untuk sedut selsema. sy juga mandikan anak sy dengan lemon alhamdulillah serasi n berkesan
BalasPadam