Terkini

Menu

Anak Tidak Mahu Makan?


Bagi kita yang tinggal di bumi bertuah ini, memang jarang sekali kita mendengar masalah kekurangan bekalan makanan dan nutrisi terutamanya di kalangan anak-anak. Namun, masalah kekurangan nutrisi ini tetap jua berlaku disebabkan ketidakpekaan kita kepada masalah pemakanan yang dihadapi oleh anak.

Adakalanya memang sukar menyuruh anak makan, tapi ada cara menarik perhatian mereka. Pemakanan anak-anak, terutama yang sedang membesar, amat perlu dititikberatkan. Ini kerana daripada makananlah mereka mendapat tenaga, serta membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat.

Jika anak-anak kurang selera makan, dan sering menolak makanan berkhasiat yang disediakan, mereka akan berdepan masalah kurang nutrisi dan berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan lain pula.

Maka para ibu bapa perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk menjamah makanan. Antara caranya:
  • Menyediakan dan menghiasi makanan dengan lebih warna-warni.
  • Bentukkan makanan dengan lebih menarik, contohnya watak-watak kartun yang mereka minati. Anda juga boleh gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan.
  • Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
  • Guna pelbagai kaedah memasak yang boleh membangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan.
  • Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.
  • Cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
  • Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan.
  • Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya.
  • Bagi kanak-kanak tidak sukakan sayur, sediakan hidangan yang anda boleh sembunyikan sayuran; contohnya bergedel dan sos spageti yang mengandungi sayur yang dicincang halus.
  • Gunakan pinggan mangkuk yang menarik perhatian kanak-kanak seperti yang bergambar atau berbentuk watak kartun.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Tidak Mahu Makan? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM