Terkini

Menu

Tip Memujuk Bayi Menyusu Pada Sebelah Payudara Yang Tidak Diminati

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa. Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Anda boleh gunakan tip berikut:



1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.


2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payudara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh pratikkan posisi penyusuan yang lain.


3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.


4. Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.


5. Jika bayi lebih gemarkan payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.


Sekiranya perbezaan saiz payudara merisaukan anda, di sini disertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.


  • Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.

  • Memerah payudara yang kecil selama 5 hingga 10 minit selepas sesi penyusuan.
Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tip Memujuk Bayi Menyusu Pada Sebelah Payudara Yang Tidak Diminati "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM