Terkini

Menu

Tip Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung

Tip Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung


Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:
  • Usia kehamilan.
  • Keadaan kesihatan kehamilan
  • Kesihatan umum ibu yang mengandung
  • Persekitaran perjalanan
Pada lazimnya ibu yang mengandung pada usia kehamilan lebih 32 minggu tidak di galakkan melakukan perjalanan jauh. Ini adalah kerana jantung dan organ tubuh ibu yang mengandung akan bekerja lebih berat dari biasa dan tubuh ibu hamil akan lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubunya menjadi berkurangan.

Walaubagaimanapun, bagi membantu ibu-ibu hamil yang ingin melakukan perjalanan jauh terutamanya pada musim perayaan atau cuti, kami berikan beberapa tip yang berguna agar perjalanan anda akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.

Tip-tip dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.


Perjalanan Menaiki Kereta Atau Kenderaan Darat
  • Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan kaki.
  • Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan baik.
  • Bawa bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
  • Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan, minum, solat dan kemudahan tandas.


Perjalanan Menaiki Coach Atau Kereta Api
  • Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
  • Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
  • Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.


Perjalanan Menaiki Feri Atau Kapal Laut
  • Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
  • Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil.
  • Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
  • Jika khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda bagi mengatasi masalah tersebut.


Perjalanan Menaiki Kapal Terbang
  • Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
  • Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
  • Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
  • Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda.
Sumber: Faebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tip Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM