Terkini

Menu

Tips Mengurangkan Rasa Cemburu Si Abang & Si Kakak

Tips Mengurangkan Rasa Cemburu Si Abang & Si Kakak

Tips Mengurangkan Rasa Cemburu Si Abang & Si Kakak

Mendapat berita ibu-ibu akan menerima orang baru dalam keluarga pasti sangat mengujakan dan menyeronokkan bukan? Tapi, bagi ibu yang sudah mempunyai anak, situasi ini mungkin akan menimbulkan sedikit kerisauan, terutamanya yang mempunyai anak yang belum pun cukup setahun. Berlegar di fikiran kita sama ada 'si kakak' atau 'si abang' boleh menerima kehadiran adik baru mereka. Jom kita share sedikit tips. Mungkin boleh membantu.

1. Beritahu bakal kakak atau abang bahawa mereka akan menerima kedatangan adik baru sebaik sahaja anda mendapat tahu anda sudah hamil. Rasionalnya tindakan ini, adalah sebagai salah satu cara untuk bakal abang atau kakak tidak ketinggalan untuk menanti kehadiran adik mereka. Ibu-ibu, mungkin boleh mengajak abang atau kakak berbual dengan kandungan anda.


2. Libatkan bakal kakak dan abang membuat persediaan menyambut kelahiran adik mereka. Berikan mereka peluang untuk memilih pakaian atau mainan untuk adik mereka ketika ibu-ibu bershopping kelengkapan bayi yang bakal lahir itu nanti. Sudah tentu kakak atau abang akan merasa sangat teruja, seronok dan secara automatik, mereka merasa mereka diperlukan & bertanggungjawab ke atas adik mereka yang bakal lahir.


3. Terangkan pada anak berulang kali, bahawa adik mereka yang bakal lahir memerlukan perhatian selepas dilahirkan. Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh- “Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.


4. Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Ubahlah rutin bakal kakak & abang secara perlahan-lahan. Mungkin ibu boleh meminta bantuan nenek atau atuk, atau sesiapa yang boleh menemaninya makan, mandi dan bermain. Tetapi bukan bermakna ibu-ibu lepas tangan sepenuhnya.

Sumber: Facebook
Tips Mengurangkan Rasa Cemburu Si Abang & Si Kakak

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Mengurangkan Rasa Cemburu Si Abang & Si Kakak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM