Terkini

Menu

Selsema, Batuk Dan Kahak

Selsema, Batuk Dan Kahak

Selsema, Batuk Dan Kahak

Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas. Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang. Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk melegakan hidung tersumbat, macam-macam cara dan petua yang boleh kita gunakan.

Dibawah merupakan antara teknik yang saya gunakan kepada anak-anak saya.




LANGKAH PERTAMA : NEBULIZER@STEAMING



Lakukan proses 'steaming".

Buat steaming di rumah boleh guna rice cooker, steaming kat anak dalam keadaan tertiarap. then tepuk tepi dada belakang dan hadapan untuk melonggarkan kahak dari tisu peparu dalam 15 minit.

di hospital, doc, akan guna nebulizer.. lebih kuat daripada steaming..




LANGKAH KEDUA : TEKNIK TEPUKAN DINAMAKAN PERCUSSION@CUPPING

Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.

Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.




* sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


LANGKAH KETIGA : SUCTION KAHAK (HANYA DI KLINIK@HOSPITAL)

HOSPITAL : Doktor akan memasukkan tiub yang kecil dan lembut kedalam hidung dan mulut.. bayi@kanak-kanak akan terbatuk dan kahak akan disedut keluar.. PLEASE JANGAN CUBA SENDIRI DIRUMAH.....

RUMAH : gunakan alat bantuan sedut kahak..

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Selsema, Batuk Dan Kahak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM