Terkini

Menu

11 Cara Memujuk Anak Tidur Awal

11 Cara Memujuk Anak Tidur Awal

Anak-anak memang mempunyai pelbagai ragam. Walaupun mereka aktif pada waktu siang, tidak bermakna mereka akan tidur awal pada malamnya. Berikut ada beberapa tips yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah ini.

    Pujuk Anak Tidur Awal
  1. Buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap anak, waktu tidur, makan dan bermain. Setelah mengikuti rutin ini pada waktu yang sama, tubuh mereka akan beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.
  2. Sangat penting mengehadkan kegiatan yang menggunakan fizikal dan mental seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan yang melibatkan fizikal. Sebaik-baiknya elakkan anak-anak daripada melakukan kegiatan tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikannya dengan aktiviti yang lebih menenangkan seperti membaca.
  3. Salah satu cara membuat anak berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat anak membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.
  4. Pastikan anak merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya disampingnya.
  5. Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan tipis.
  6. Jika anak sudah mengantuk, anda boleh tinggalkan untuk anak belajar tidur sendiri tanpa bergantung kehadiran ibu atau bapa.


Jika cara di atas tidak berjaya...
  1. Ajak anak kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di bilik anda.
  2. Selidik perkara yang membuatkan anak tidak mahu tidur di biliknya. Jika dia takut kerana gelap, anda boleh memasang lampu malap di biliknya.
  3. Jika anak-anak tiba-tiba menangis tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru anda dapatkannya, dengan itu dia lebih berdikari.
  4. Kalau anak terus menangis dan memanggil anda setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum anda melihat situasinya.
  5. Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " 11 Cara Memujuk Anak Tidur Awal "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM