Terkini

Menu

Fakta Susu Ibu

Fakta Susu Ibu



Jika yang bersalin di hospital kerajaan, pastinya ibu dipaksa untuk menyusu anak baru lahir dengan susu badan. Penggunaan susu formula & botol susu amatlah tidak digalakkan kecuali si ibu ada kes-kes tertentu. Kenapa?


1) Lebih 80% susu ibu terdiri daripada air. Jadi air sudah mencukupi di dalam susu ibu.

2) Kolostrum (susu awal bayi) adalah sangat penting buat bayi yang baru dilahirkan untuk melindungi lapisan perut bayi yang masih sangat fragile di waktu itu, bertindak sebagai laksatif (menolong bayi mengeluarkan mekonium) & menghalang kepada pembinaan bilirubin (membantu menghalang jaundis).

3) Bayi yang baru lahir mempunyai saiz perut yang sangat kecil. Kolostrum yang dihasilkan oleh susu ibu (walaupun secara purata 37ml pada hari pertama) mampu untuk menampung keperluan bayi.

4) Komposisi nutrisi susu ibu akan sentiasa berubah-ubah mengikut usia bayi. Jadi, bayi akan sentiasa kenyang walaupun hanya menyusu susu ibu saja & kurangkan risiko diabetes apabila bayi dewasa nanti.

5) Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif mempunyai sistem imunisasi yang sangat baik kerana di dalam susu ibu itu sendiri mempunyai antibodi yang membantu si bayi membina imunisasi.

6) Susu ibu mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) kerana ia dibawah kawalan ibu itu sendiri.

7) IQ yang tinggi pada kanak-kanak yang menyusu susu ibu adalah kerana faktor genetik, di mana di dalam susu ibu terdapat fatty acid yang tidak ada di dalam susu formula.

8) Bayi yang menyusu susu ibu juga jarang mengalami kembung perut atau kolik kerana pelekapan sewaktu menyusu badan tidak menyebabkan udara memasuki perut bayi.

9) Menyusukan bayi dapat membakar kalori, mengecutkan rahim & mengurangkan risiko pendarahan semasa berpantang. Risiko untuk mendapat kanser rahim & payudara juga akan kurang disamping mampu melambatkan menstruasi & kesuburan.

9) Mengeratkan kasih sayang antara ibu & bayi, di mana ia akan membuatkan ibu lebih gembira, tenang & kurang stres.

10) Al-Quran menerangkan kepada kita tentang kepentingan ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun, surah Al-Baqarah (ayat 223) & sural Luqman (ayat 14).

Sumber
Fakta Susu Ibu

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Fakta Susu Ibu "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM