Terkini

Menu

Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan?

Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan?

Tahukah anda mengapa bayi menangis tatkala ia lahir ke dunia? Adakah kerana ia terasa sejuk terkena angin dunia barunya? Ataukah kerana memang fitrahnya begitu?

Imam Bukhari ada meriwayatkan di dalam Sahihnya sebuah riwayat dari Abu Hurayrah yang berbunyi;


Tidak ada seorang pun dari bani Adam yang lahir yang tidak diganggu oleh syaitan ketika ia dilahirkan. Maka ia akan menangis dengan kuat kerana gangguan syaitan itu. (HR Bukhari , Kitab al-Anbiya no 3201)

Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang berbunyi:


Jeritan bayi yang dilahirkan adalah kerana gangguan dari syaitan. (HR Muslim, Kitab al-Fadail no.4372)

Kedua-dua hadis di atas bertaraf hadis sahih yang mana ia adalah khabar yang benar dan dipercayai. Hakikatnya syaitan telah pun berjanji dengan Allah bahawa ia akan mengganggu manusia dengan apa cara sekalipun dan sentiasa berusaha untuk menyesatkannya. Syaitan tidak akan melepaskan walau sesaat dan tidak pernah leka untuk melalaikan dan mengganggu kehidupan dan ketenteraman manusia.


Masyarakat Melayu sememangnya amat menitik beratkan penjagaan terhadap bayi yang baru lahir dari gangguan syaitan. Jika kita perhatikan pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk tujuan itu. Sebahagiannya menggunakan benang hitam yang diikat di tangan si kecil atau dikenali sebagai tangkal. Sebahagian yang lain pula meletakkan benda tajam seperti pisau atau gunting kecil di bawah bantal atau tilam bayi. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w serta ajaran Islam?

Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w telah memberikan panduan yang cukup untuk melindungi bayi dan anak-anak kecil dari diganggu syaitan.


DOA-DOA UNTUK BAYI DAN ANAK-ANAK

Untuk melindungi bayi yang baru lahir dari gangguan syaitan, al-Quran telah mengajarkan doa yang perlu dibacakan kepada si bayi iaitu doa yang dibacakan oleh bonda Saidatina Maryam tatkala Saiditina Maryam dilahirkan ke dunia.


Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)” (Ali Imran ayat 36)

Dari ayat di atas jelas menunjukkan bahawa doa yang dimaksudkan ialah;

Aku melindunginya dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Terdapat juga sebuah doa yang sering dibacakan oleh baginda Rasul terhadap kedua cucunya iaitu Sayidina Hasan dan Sayidina Husin iaitu:


Aku pohon perlindungan untuk kedua kamu dengan kalimah Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan kejahatan dan dari hasad dengki yang mencelakan. (HR Bukhari didalam Kitab Khalqu Af’al al-‘Ibad no. 171)

Kerana itu, doa ini adalah sangat bagus untuk kita bacakan kepada bayi yang baru lahir misalnya ketika kita menziarahi seseorang yang dikurniakan anak kecil. Malah ibu bapa perlu sentiasa membacakan doa ini buat anaknya sama ada yang masih bayi mahupun yang sudah besar. Apatah lagi ketika mana anak-anak kita yang kadangkala meragam tanpa sebab atau yang agak nakal dan tidak mendengar kata. Kita mohon agar Allah memelihara anak kita dari perkara-perkara tersebut kerana tidak mustahil anak berkelakuan demikian akibat diganggu oleh syaitan.


Kita juga mungkin sering mendengar orang-orang tua melarang bayi atau anak-anak kecil, berada di luar rumah pada waktu senja. Larangan tersebut hakikatnya ada kebenarannya. Baginda Rasul s.a.w ada mengingatkan kepada kita di dalam hadisnya;

Apabila malam semakin hampir atau pada waktu petang maka lindungilah anak-anak kamu kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. (HR Bukhari, Kitab Bad’i al-Khalqi, no 3080)


DOA YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI

Hakikatnya, penekanan baginda s.a.w terhadap pemeliharaan bayi dari gangguan syaitan adalah bermula sebelum benih suami dan isteri bersatu lagi.. Baginda s.a.w mengajar bahawa kita perlu memohon perlindungan terhadap anak sebelum ia terbentuk lagi. Di dalam sebuah hadis riwayat Ibn ‘Abbas, baginda s.a.w telah mengajar doa ketika hendak memulakan hubungan bersama iaitu:


“Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah syaitan dariku dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami.”. (HR Bukhari Kitab al-Wudhu’ no.139)

Baginda Rasul bersabda lagi bahawa kiranya pasangan suami isteri tersebut dikurniakan seorang anak, syaitan tidak mengganggu dan memudaratkannya.

Lihatlah.. Betapa kasihnya baginda Rasul s.a.w kepada umatnya. Baginda s.a.w telah meninggalkan kepada kita panduan yang cukup lengkap hatta pada perkara sebegini. Kita hanya perlu mengamalkannya dan meyakininya. Janganlah kita melakukan perkara yang tidak diajarkan oleh baginda s.a.w apatah lagi sekiranya ia mengandungi kepercayaan-kepercayaan animisme dan khurafat. Setiap amalan yang dilakukan mestilah sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda s.a.w agar kehidupan kita akan lebih tenang dan diredai Allah SWT.

Oleh,
Ustazah Suriani binti Sudi
Ahli Majlis Pembangunan Belia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Sumber: Majalah Iman, Bil No.9

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan?"

ADD COMMENT
  1. terima kasih atas perkongsian..
    sila lawati blog saya http://abiumihannan.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. bagus lah perkongsian ni.. tapi, klu bayi xnangis wktu lahir, doktor msti wat bg nangis

    AKU DAN KAMU

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM