Terkini

Menu

Anak Akses Pornografi

Anak Akses Pornografi

Saya ingin berkongsi sedikit petua bagaimana kita boleh cuba mengawal unsur pornografi yang mungkin sampai kepada anak-anak kita melalui kemudahan IT yang kita ada seperti komputer dan telefon pintar. Tidak di nafikan anak anak remaja telah didedahkan kepada tugasan yang memerlukan penggunaan internet, maka untuk mengharamkan penggunaan internet dan laman sosial adalah sukar. Kalau ada yang ingin menambah, silakan.

  1. Letakkan komputer di kawasan awam seperti ruangan keluarga, bukan di bilik anak-anak. Mudah untuk kita mengawasi, dan ketiadaan privasi menghalang anak-anak menerokai terlalu lama, laman laman web yang mencurigai, sekiranya mereka terserempak dengannya.
  2. Mengadakan akaun untuk setiap anak anak dan hadkan penggunaan mereka selama 2@3 jam bergantung kepada umur mereka. Bagi anak anak saya, mereka dibenarkan mempunyai kata laluan sendiri, tetapi masa penggunaan komputer saya tetapkan.
  3. Menggunakan 'software' penapisan laman web seperti NannyNet yang boleh digunakan bagi menghalang anak anak mengakses laman web lucah dan banyak lagi laman picisan hiburan. Harga 'softaare' ini dalam lingkungan RM 100-200 tetapi pelaburan yang berbaloi mengambil kira kemajuan teknologi yang tak dapat di elakkan.
  4. Pengawasan dan pencegahan amat penting untuk anak anak. Sehubungan itu saya berterus terang dengan anak-anak sebagai ibu dan 'admin' saya berhak meneliti sejarah penggunaan komputer mereka. Dari semasa ke semasa saya akan buat pemeriksaan mengejut untuk melihat laman yang telah mereka akses.
  5. Bagi telefon pintar dan ipad, sebolehnya adakan kata laluan, dan awasi penggunaan Youtube yang di gemari anak anak. Adakalanya, filem-filem yang berunsur pornografi telah di muat turun dalam Youtube sepenuhnya. 
  6. Akhir kata, banyakkan berdoa agar Allah memelihara anak-anak kita dalam keadaan di mana kita tidak berupaya mengawasi mereka seperti di luar rumah. Kepada Allah kita bertawakkal selepas kita berusaha.

Sumber: Facebook Dr Asma' Ahmad Khalid

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Akses Pornografi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM