Terkini

Menu

Bagaimana Anda Dapat Lakukan Dalam Menjayakan Penyusuan Badan?


Anak kecil tidak mengerti di mana mereka berada. Mereka tahu di mana-mana sahaja ibu akan menenangkan mereka.

Apa salahnya kami seorang ibu ingin menyusui anak kecil kami hatta di tempat awam sekalipun? Penyusuan susu ibu adalah hak anak dan ibu yang perlu dihormati semua pihak.

Renungan tajam dan senyuman sinis anda hanya menyukarkan lagi keadaan.

Sokonglah kami :

1. Jika anda seorang WANITA baik sudah berkahwin ataupun belum :
Berikan senyuman manis dan angguk sebagai tanda sokongan. Bantu lindungi kami dengan badan anda atau berikan ruang yang lebih privasi.


2. Jika anda seorang LELAKI dan SUAMI :
Pastinya anda lebih mengerti kehendak si kecil. Sokonglah ISTERI anda, cari bilik menyusu atau pilih ruang makan di restoran yang agak tersorok dan boleh juga anda sendiri melindungi isteri anda agar dia dan bayi selesa.

Jika wanita tersebut BUKAN ISTERI anda:
Apabila anda melihat seorang IBU dengan riak wajah serba-salah mendukung dan menenangkan si kecil yang sedang merengek.
TUAN yang BUDIMAN - Mohon segeralah berlalu. Berikan ruang. Kasihanilah kami.

Tuan yang budiman- Tidakkah anda semasa kecil dahulu, IBU anda juga melalui kesukaran ini? dan Tuan juga dibesarkan dengan titis kasih susu ibu??


3. Jika anda seorang LELAKI yang BELUM BERKAHWIN :

Adik-adik , Tuan-tuan : Anda generasi terbilang. Bakal bapa mithali.

Jika anda melihat situasi seorang ibu sedang menyusukan bayinya, alihkan pandangan anda. Berikan ruang.
Hentikan komen atau perkataan yang berbaur lucah secara lisan atau melalui komen di facebook.

Sangat besar bezanya antara seorang ibu yang menyelak sedikit pakaian untuk menyusukan bayi dengan si gadis yang sengaja menampakkan bentuk tubuhnya.

Sebenarnya tidak ada Ibu yang selesa menyusukan anak dengan panahan tajam mata-mata yang memandang.

Tapi demi si anak kecil yang merengek dan merenung dengan mata sayu, panahan tajam itu lentur lembut dengan kasih sayang seorang ibu.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bagaimana Anda Dapat Lakukan Dalam Menjayakan Penyusuan Badan? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM