Terkini

Menu

Clomid: Ubat Kesuburan

Apa yang anda perlu tahu tentang Clomid?

Ubat Kesuburan

Apa itu Clomid?


Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.





Bagaimana Clomid diambil?


Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.


Kebal terhadap Clomid

Ikhtiar Hamil Cara Sihat
Set Ingin Hamil
Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.


Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.

Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku disebabkan rembesan hormon LH yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.

Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Clomid: Ubat Kesuburan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM