Terkini

Menu

Makanan Untuk Otak Genius

Makanan Untuk Otak Genius


Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus di minda. Tips ini bukan untuk ibu dan bayi sahaja tetapi sangat elok untuk kite amalkannya setiap hari. Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi:


Madu:
Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan madu dikatakan sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “raja ubat” dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptic danenzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.Madu juga mengandungi zat seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,potassium (kalium), kuprum, silica, klorin dan ia dapat member tenaga.

Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatanfungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca.Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu the pada waktu pagi dan malam.


Kismis:
Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi atau disalurkan ke otak.Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi 3x serta doa penerang hati. Setelah itu ambil 7 biji sekali makan dan dimakan sebanyak 3 kali sehari iaitu 21 biji setiap hari.


Susu segar:
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal.Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhanbadan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineraldan air. Sabda Rasulullah susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yangbaik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susukambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagidan segelas malam. Mulai dengan bismillah.


Telur:
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein ,mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air danbahan-bahan aktif.Memakan telur kuning dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental dan telurterbaik di akan untuk member kepintaran pada anak ialah telur ayam kampung.


Halia:
Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwadijadikan manisan yang direbus dengan gula. Ia perlukan dimakan sedikit sahaja diwaktu pagi.Oren:Limau ini dapat memberi kekuatan kepada daya fikir.


Buah Delima:
Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullahhh SAW bermaksud “Barangsesiapayang memakan buah delima,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”.


Daging Burung Merpati:
Daging Burung Merpati mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Ia dapatmenigkatkan kecerdasan kanak-kanak. Kanak-kanak yang memakan telur burung merpati bolehmempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.


Daging Ayam:
Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakanan paling tinggi. Dsging ayam berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.


Daging Biri-biri:
Makan daging biri-biri dapat member kekuatan ingatan. Untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran,memakan deging biri-biri mampu member daya ingatanmenghafal.


Kekacang:
Kekacang turut member kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang sepertigajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Iamengandungi nilai protein yang tinggi.


Buah Badam:
Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.


Bunga Kobis:
Bunga Kobis memiliki sejenis asid amino yang berupaya untuk memberikan tenaga kepadamental.


Labu:
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda “makanlah labu kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.


Minyak sapi:
Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.


Sayur-sayuran:
Sayur-Sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Makanan Untuk Otak Genius "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM