Tip Keibubapaan Bermula Dari Bayi, Kanak-kanak, Dan Remaja
Berikut disenaraikan teknik-teknik praktikal keibubapaan yang boleh diamalkan:
Peringkat Bayi
- Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya
- Sentiasa bertenang
- Menghayati detik-detik bersamanya selalu
- Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada
- Memberi anak anda susu ibu
- Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan
- Selalu membaca untuknya
Peringkat Kanak-kanak
- Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya
- Selalu membaca bersamanya
- Belikan permainan yang tidak spesifik ‘gender’
- Amalkan disiplin secara konsisten
- Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya
Peringkat Remaja
- Teruskan bergambar bersama anak anda
- Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya
- Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan
- Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda
- Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan
- Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Tip Keibubapaan Bermula Dari Bayi, Kanak-kanak, Dan Remaja "