Terkini

Menu

7 Tips Anak Bijak Sejak Dalam Kandungan

7 Tips Anak Bijak Sejak Dalam Kandungan


Mempunyai anak bijak adalah impian semua ibu-bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak jadi pintar boleh dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi?


Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir.



Secara asasnya, untuk menjadikan anak pintar:


1. Berikan nama yang baik
Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.


2. Berbicara dengan bayi
Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.


3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.


4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengarkan bayi ayat-ayat suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.


5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.


6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.


7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.



Kenapa bangsa Yahudi bijak?

Namun, pernahkah anda terbaca bahawa bangsa Yahudi juga melahirkan generasi yang bijak? Kebetulan kita sedang berbincang tentang perkara ini, apa kata kita singkap sekali apa rahsia mereka.

1. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik
Untuk merangsang otak bayi, dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.


2. Pemakanan yang istimewa semasa anak masih dalam kandungan
Pemakanan ibu mengandung juga berbeza. Dikatakan juga, mereka gemar memakan kacang badam atau ‘almond’. Jangan ingat Almond London semasa hari raya sahaja. Mereka juga makan kurma bersama susu, roti, ikan tanpa kepala dan salad yang digaul bersama pelbagai jenis kacang. Diberitahu, daging ikan adalah amat baik untuk perkembangan otak bayi. Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan.Kebiasaannya, mereka makan buah-buahan dahulu sebelum nasi dan karbohidrat lain bagi mengelakkan merasa mengantuk dan lemah untuk memahami apa yang dipelajari. Sama seperti ajaran Rasulullah SAW, mereka tidak menyajikan ikan bersama daging, bagi mereka tidak elok di makan bersama.


3. Pemakanan yang istimewa semasa anak membesar
Dikatakan, anak-anak Yahudi diberi makan buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan.


4. Mempelajari bahasa asing sehingga fasih
Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dengan faktor geografi yang hampir dan dikelilingi negara Arab, mereka mempelajari bahasa itu.


5. Mempelajari alat muzik
Mereka dilatih sejak kecil untuk mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola / ‘violin’. Pemahaman yang diperlukan untuk seorang kanak-kanak memahami nota-nota dan kod lagu akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya.

Sumber
7 Tips Anak Bijak Sejak Dalam Kandungan

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " 7 Tips Anak Bijak Sejak Dalam Kandungan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM