Terkini

Menu

Darah Nifas

Darah Nifas


Nifas pada syara' adalah darah yang keluar kemudian daripada kosong rarim daripada anak, ketul daging atau darah beku yang asal kejadian anak adam pada dua yang akhir. Darah yang keluar semasa peranakan masih ada suatu yang tersebut tidak dinamakan darah nifas.

Darah Nifas
Darah nifas adalah himpunan darah haidh di dalam rahim untuk makanan anak. Ia terkumpul sebelum ditiupkan roh dan kemudian daripadanya.

Perbezan antara nifas dan haidh iaitu haidh bergantung dengannya iddah dan istibra sedangkan nifas tidak demikian kerana hasil iddah dan istibra dahulu daripada nifas dengan semata-mata beranak. Dan perbezaannya lagi iaitu sekurang-kurang nifas tidak mengugurkan sembahyang kerana masanya sedikit iaitu sesaat, bersalahan haidh



Tempoh Darah Nifas

Sekurang-kurang tempoh nifas sesaat / satu lahzah dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari adapun yang kebiasannya empat puluh hari.

Permulaan nifas iaitu mengiringi beranak ini jika keluarnya mengiringi beranak. Adapun jika keluarnya tidak mengiringi beranak maka permulaan masanya adalah permulaan keluar darah. Atas pendapat ini, masa suci (نقاء) antara keluar anak dan keluar darah bukan daripada nifas. Dengan itu wajib atas perempuan itu mandi wiladah / kerana beranak dan sembahyang di dalam masa suci. Tetapi masa suci dibilang daripada enam puluh hari. Seperti seorang perempuan datang darah hari yang kesepuluh daripada beranak maka hari yang keenam puluh daripada beranak habislah masa nifasnya.

Apabila wanita yang beranak tidak melihat darah melainkan selepas lima belas hari maka ia ketiadan nifas dan darah yang dilihat itu adalah darah haidh jika mengikut ciri-ciri haidh.



Darah Yang Melebihi Tempoh Nifas

Darah yang melebihi sebanyak-banyak tempoh nifas hukumnya sama seperti darah yang melampaui sebanyak-banyak tempoh haidh maka berlaku disini segala bagai mustahadhah dengan segala hukumnya.

Dengan itu kita perhati keadannya adakah dia baharu kedatangan nifas ataupun telah beradat dan adakah dia dapat membezakan sifat darah atau tiada dan yang telah beradat adakah ingat ia akan adatnya atau tidak. 
  • Maka jika ia pertama kali kedatangan nifas dan dapat membezakan sifat darah dikembalikan hukumnya kepada tamyiz apabila tidak melebehi darah yang kuat enam puloh hari dan berlaku disini yang tinggal daripada syarat tamyiz. 
  • Wanita yang pertama kali kedatangan nifas tetapi tidak dapat membezakan darah yang keluar, nifasnya hanya sesaad (satu lahzah) 
  • Wanita yang beradat kedatangan nifas dan ia dapat membeza darah yang keluar hendaklah ia mengikut perbezan darahnya dengan syarat yang telah saya sebut pada tajuk Syarat tamyiz dia tidak boleh mengikut adatnya. 
  • Wanita yang beradat kedatangan darah dan ia tidak dapat membeza darahnya hendaklah ia kembali kepada adatnya jika ingat ia akan adatnya ini apabila tidak bersalah-salahan adatnya adapun jika bersalah-salahan adatnya maka seperti terdahulu di dalam Bab haidh. 


Mutahayyirah

Wanita yang beradat kedatangan nifas dan ia terlupakan adatnya lagi pula tidak dapat membeza sifat darahnya wajib atasnya bercermat. 

Wallahua'lam

Sumber

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Darah Nifas "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM