Terkini

Menu

Kaedah Mendisiplinkan Anak

Kaedah Mendisiplinkan Anak

DENDA merupakan cara paling biasa digunakan oleh ibubapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Tetapi pendekatan ini adalah kurang sesuai dan tidak digalakkan walaupun ia nampak berkesan untuk memberhentikan atau mengurangkan sesuatu tabiat buruk. Denda membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan hanya patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu tabiat buruk selepas ke semua langkah pemantapan positif telah gagal. 


Rasulullah (s.a.w) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak. 


Satu hadith dari Sunan Abu Dawud : Seorang sahabat Nabi pernah berkata. Semasa saya kecil, Saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya. 


Rasulullah (s.a.w.) selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya. Rasulullah (s.a.w) banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak. 


Kenapakah denda tidak berkesan untuk membentuk tabiat positif jangka panjang?

  1. Denda cuma berkesan jika ia menjadi ancaman kepada anak-anak. Kalau denda itu bukan lagi merupakan ancaman, anak-anak akan teruskan dengan tabiat negatif mereka.
  2. Denda mendatangkan perasaaan marah dan benci dalam anak-anak kepada orang yang mendendanya.
  3. Anak-anak akan cuba menyembunyikan perkara negatif yang dilakukannya untuk mengelak daripada didenda. Dia masih lakukan perkara negatif cuma dia sembunyikan daripada ibubapa.
  4. Denda cuma memuaskan hati orang yang mendenda.
  5. Kanak-kanak akan mempelajari bahawa denda adalah cara bagi menyelesaikan masalah dan ini akan memberi kesan terhadap interaksi mereka dengan orang lain. Kanak-kanak akan membesar dengan konsep ini.


Terdapat 2 jenis denda :-

  1. Melakukan sesuatu yang tidak disukai anak-anak (contoh: memarahi, memukul)
  2. Menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak (contoh: melarangnya menonton TV)


Cara terbaik melakukan denda:-

Terangkan kepada anak kita secara lembut apakah kelakukan mereka yang melampaui had dan mengapakah ia mungkin membawa padah .

Kaedah :-
1. Ibubapa boleh:

  • Kita tidak semestinya menyatakan atau menerangkan tabiat buruknya, sebaliknya, kita boleh terangkan bahawa kita menyukai kelakuan baik yang diamalkannya.
  • Jangan memberi terlalu banyak perhatian kepada perkara buruk anak kerana ia mungkin berubah menjadi suatu cara untuk anak tersebut menarik perhatian kita.
  • Jangan sekali-kali memalukan anak di hadapan orang lain. Seelok-eloknya nasihati anak dalam suatu suasana yang mesra dan peribadi.

2. Denda yang kedua iaitu menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak. Apabila nasihat yang diberi tidak membawa sebarang perubahan, kita boleh mengambil langkah seterusnya dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang disukai mereka. Contohnya, jika anak suka bermain basikal di waktu petang, kita boleh melarangnya bermain basikal selama seminggu bermula dari hari dia membuat kesalahan dan terangkan kepadanya kenapa kita berbuat demikian.

3. Jika semua usaha yang lain gagal dan anak-anak masih meneruskan kelakuan buruknya, hukuman fizikal mungkin menjadi perlu (Ingat! Ini adalah jalan terakhir dan tidak disyorkan).


Syarat hukuman fizikal :-

  • Jangan memukul semasa marah.
  • Jangan pukul di bahagian muka, dada atau perut.
  • Jangan pukul lebih dari 3 kali.
  • Jangan pukul sampai luka, lebam atau bertanda.
  • Merotan cuma sebagai simbolik dan bukan yang menyebabkan kesakitan atau mencederakan.


Kaedah denda / merotan anak :-

1. Jangan pukul anak dari lutut keatas

2. Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3. Rotan / pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak .

Sabda Rasulullah s.a.w.
“ Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran ) ”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap ( Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap )

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


Jika anak dibesarkan dengan . .

celaan, dia akan belajar memaki .

cemuhan, dia akan belajar rendah diri .

permusuhan, dia akan belajar berkelahi .

hinaan, dia akan belajar menyesali diri .

dorongan, dia akan belajar percaya diri .

pujian, dia akan belajar menghargai .

rasa aman, dia akan belajar menaruh kepercayaan .

dukungan, dia akan belajar menyenangi diri sendiri .

kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya .

toleransi, ia akan belajar menahan diri .

sebaik-baiknya perlakuan, Ia belajar keadilan. . 

Sumber

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Kaedah Mendisiplinkan Anak"

ADD COMMENT
  1. saya tidak faham kenapa ada 2 denda yang di bolehkan sedangkan perenggan sebelumnya mengatakan tidak elok mendenda anak2? kalau tidak elok mendenda bukankah tidak perlu ada contoh2 denda yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan boleh baca perenggan sebelumnya, denda adalah sebagai pilihan terakhir. Maka jika tepaksa juga didenda, maka di detail kan bagaiman cara untuk mendenda (2 denda)

      Padam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM