Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
Amalkan
- Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
- Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
- Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
- Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
- Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
- Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Elakkan
- Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
- Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
- Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
Sayur-sayuran
- Sayur-sayuran yang digalakkan adalah sawi, lobak merah dan lobak putih.
- Ulaman juga elok diamalkan kerana khasiatnya disamping seetengahnya boleh mewangikan badan.
- Pegaga punyai pelbagai khasiat termasuk membanyakkan susu badan.
- Jantung pisang bagus untuk membanyakkan susu badan.
- Elakkan sayuran yang sejuk dan berangin seperti nangka, pucuk ubi, terung, labu, kangkung dan bayam.
- Sayur-sayuran elok dimakan untuk mengelakkan sembelit.
Buah-buahan
- Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
- Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
Sumber Protein
- Ikan - ikan merah, ikan jenahak, ikan selar, ikan kerisi, ikan cencaru, ikan bawal dan ikan tenggiri.
- Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
- Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
- Ayam - seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
Cara Memasak
- Dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
- Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
- Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
- Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
- Perisa lain adalah seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.
No Comment to " Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu "