Apa Beza Lelaki dan Perempuan? (Bahagian Akhir)
Apa Beza Lelaki dan Perempuan? : Tips-tips Keibubapaan Positif
1) Ibu bapa perlu kenal dan sedar ada perbezaan dalam mendidik anak lelaki dan perempuan, seperti yang dikongsikan dalam entri sebelum ini. Jangan banding-bandingkan anak lelaki dan perempuan kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing
2) Ibu bapa perlu konsisten dalam mendidik dan meletakkan undang-undang. Contoh kedua-dua ibu bapa setuju anak-anak hanya dibenarkan bermain ipad pada hari Sabtu, dan jangan ada yang memberi kelonggaran sesuka hati
3) Teknik tegur anak : ketika anak sedang beremosi, “connect” dahulu dengan emosi anak itu (otak kiri @ emosi kita bersambung dengan otak kiri anak).
Contoh anak tak suka pergi sekolah, kita setuju dulu dengan dia, “Iya, Mama pun kalau boleh malas nak pergi kerja. Mama pun tak suka”, lepas nampak dia mula angguk-angguk, berhenti menangis, baru kita guna otak kanan (logik), dengan berkata “Tapi nanti kalau kita pergi sekolah, kita jadi orang pandai, jumpa ramai kawan, seronok”.
Satu lagi contoh, anak menangis nak kamera, tak boleh kita teruk kata, “Tak boleh, nanti rosak” (logik). Tapi mungkin lebih baik buat pendekatan ini, “ Oh anak Mama pun suka kamera ya? Suka ambil gambar ya? Samalah macam Mama.” (Emosi). Kemudian baru cuba cakap , “ Tapi sekarang Mama nak ambil gambar dulu. Nanti lepas Mama ambil gambar 10 kali , baru Mama bagi Haziq ya?”
4) Jangan threatened anak-anak, contoh, “ Kalau tak nak dengar cakap Mama, Mama tak nak kawan”. Kelak anak-anak akan ikut arahan sebab takut dengan ancaman itu, bukan kerana rela hati.
5) Anak lelaki perlu belajar daripada permainan. Contoh, dia sedang main kereta, kita tanya, berapa tayar yang ada pada kereta itu. Perbendaharaan kata anak lelaki juga akan banyak dipelajari daripada komik dan sebagainya.
6) Anak lelaki suka berimaginasi, jadi layankan imaginasi anak. Contohnya anak kata dia adalah kapten yang melawan lanun, maka kita layankan sahaja.
7) Bagaimana kalau anak lelaki suka bermain patung seperti Upin Ipin, main masak-masak dengan kakak-kakak kerana tidak ada adik beradik lelaki yang lain? Soalan ini saya utarakan pada Pak Utih sendiri kerana teringat kepada anak lelaki saya. Menurut Pak Utih, kemungkinan itu adalah pembawaan genetik ibu bapa, dan anak saya memang berminda feminin, dan kemungkinan besar apabila besar nanti akan menjadi (kerjaya seperti) doktor. (Pak Utih tidak tahu saya dan suami adalah doktor ketika saya utara soalan ini). Jadi biarkan sahaja dia bermain dengan apa yang dia suka, dengan satu syarat, jangan sampai dia berpakaian seperti anak perempuan. (Phew!)
8) Apabila sampai umur yang sesuai (Pak Utih tidak sebut secara spesifik tetapi saya ambil pada usia 7 tahun), anak perlu sedikit “detach” atau diasingkan dari ibubapa iaitu dari sudut tempat tidur. Anak yang tidur berasingan akan lebih berdikari @ independent. Ada ibu bapa di luar negara yang mengasingkan bilik tidur anak seawal usia 4 minggu, walaupun bayi itu minum susu ibu. Si ibu akan ke bilik anak untuk menyusukan, dan kemudian kembali ke bilik sendiri selepas menyusukan
9) Ayah adalah “role model” penting untuk anak-anak, seawal semasa ibu hendak melahirkan bayi itu lagi. Contohnya semasa ibu sedang dalam proses persalinan, si ayah boleh membacakan surah Maryam kepada isteri & bayi yang bakal dilahirkan . Andaikata si ayah selalu keluar kawasan atau “out station”, anak itu boleh menjadikan guru-guru lelaki di sekolah sebagai role model. Maka amatlah penting untuk kita memilih sekolah yang baik untuk anak-anak kita.
Sekian sahaja, semoga dapat dimanfaatkan semua sebagai panduan kita mendidik anak-anak kita, yang in shaa Allah bakal tsabat dalam jalan dakwah & membantu menegakkan hukum Allah di muka bumi ini In Shaa Allah.
Credit: www.draisyahafiz.com
nice :)
BalasPadamAnda menghadapi masalah rambut? Jom try 1 minggu je dah berkesan. Klik >> TONIK RAMBUT RABAN EXTRA MERAWAT DALAM TEMPOH 1 MINGGU SAHAJA