Terkini

Menu

Makan Epal Ketika Hamil, Elak Anak Kena Asma

Makan Epal Ketika Hamil, Elak Anak Kena Asma

Makan Epal Ketika Hamil, Elak Anak Kena Asma

Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui, tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.


Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.


Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37% dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.


Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.


Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hamil mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.

Credit: www.mypermatahati.com
Makan Epal Ketika Hamil, Elak Anak Kena Asma 

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Makan Epal Ketika Hamil, Elak Anak Kena Asma "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM