Terkini

Menu

Petua Ketika Berpantang

Petua Ketika Berpantang


Menghilangkan Rasa Pening Kepala

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut panjang bolehlah anda mendandan rambut anda dengan rapi dan mengikat kuat rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang.

Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan (penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin). Oleh itu ikatlah rambut anda selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu.

Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi pagi.



Menghilangkan Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak
Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan
jangan dijangkiti kuman.

Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada vagina sembuh.



Menghilangkan Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang

Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi.



Rasa Lemah Badan Selepas Bersalin

Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di dalam sup tersebut.

Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat setelah mengamalkan diet itu.



Mengatasi Peranakan Turun Dan Salah Tempat

Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan mudah turun.

Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan ini sehingga kesihatan anda pulih.

Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan.

Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan petang. Sehingga anda berasa sembuh.



Mengatasi Sakit Angin Semasa Dalam Pantang

Petua mengatasinya dengan minum air halia yang direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari hasilnya tentu memuaskan.



Badan Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang

Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin, minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebal sehingga anda berpeluh.

Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang berbisa seperti rebung, nenas, buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.

Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.


Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Petua Ketika Berpantang"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM