Ramadhan & Kehamilan
Ramadhan & Kehamilan
Assalamualikum semua,
Tidak lama kita akan berpuasa dan tergerak hati saya untuk menulis mengenai puasa Ramadhan dan kehamilan. Oleh kerana puasa dibulan Ramadan selama 30 hari, 12 jam sehari di kawasan beriklim tropika sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejas ibu-ibu dan juga kadungan mereka.
Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan puasa sebualan dengan kehamilan. Dan kalau ada pun, kualiti kajian tersebut banyak kedapatan bias dan menjejaskan keputusan. Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan kita yang dapat menjalankan kajian yang terperinci dan berkualiti bagi menjawab kemusykilan terhadap puasa dan kehamilan.
Adakah puasa ini selamat?
Walaupun terdapat beberapa kajian mengenail kesan puasa sebulan dan kehamilan,masih tidak terdapat jawapan yang tepat. Kami tidak benar-benar pasti yang puasa adalah selamat untuk wanita hamil berserta dengan kandungan mereka.
Jika anda benar-benar berasa sihat dan kuat untuk berpuasa,saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Mungkin mereka yang masih diperingkat Trimester 1 dengan loya,muntah,tidak bolih makan dan minum,letih yang amat sangat mungkin tidak berapa sesuai.
Jika anda tidak berasa sihat untuk berpuasa kerana kehamilan,agama kita membenarkan ibu-ibu tidak berpuasa tetapi dengan syarat menggantinya semula selepas bersalin. Jika anda tidak berasa yakin eloklah berbincang dengan doctor.
Daripada beberapa kajian yang telah dijalan:
- Tiada perbezaan dari segi Skor Apgar diantara bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang berpuasa dengan yang tidak berpuasa. Skor Apgar adalah skor yang kami gunakan untuk menilai kesihatan bayi semasa dilahirkan.
- Terdapat ibu-ibu yang melahirkan bayi yang mempunyai berat badan rendah.Tapi kajian ini terdapat bias yang mana mereka datang dari golongan yang kurang mampu.
- Terdapat juga kajian di peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan masalah kesihatan bila bayi-bayi ini membesar.
- Berpuasa juga tidak menjejaskan IQ bayi.
- Walaupun terdapat perubahan pada keseimbangan biokimia semasa berpuasa tetapi ianya tidak memberi kesan-kesan negative kepada petumbuhan dan berat badan bayi.
- Terdapat kaitan puasa dengan kelahiran pra matang dan perlu diberi perhatian
Secara keseluruhannya jika ibu-ibu mempunyai kesihatan yang elok,mereka tidak mempunyai masalah semasa berpuasa dan impak terhadap kandungan(kalau ada) adalah amat kecil.
Bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?
Dari segi pengalaman saya, majoriti ibu-ibu berugama Islam di negara kita berpuasa walaupun mereka tahu puasa in tidak wajib bagi ibu-ibu yang mengandung dan sedang menyusu bayi mereka.
Mereka berpuasa kerena tuntutan ugama dan mereka ‘malas’ hendak menggantinya balik selepas bersalin. Mereka yang mempunyai masalah medical seperti diabetis dan darah tinggi, ramai yang berpuasa dan mereka boleh mengubah cara pengambilan ubat-ubat. Bagi saya eloklh dibawah berbincangkan doktor anda jika mempunyai masalah medical dan hamil juga. Mungkin berpuasa bolih membahayakan anda dan bayi yang dikandung.
Beberapa petua untuk ibu-ibu yang merancang untuk berpuasa.
- Perancangan awal semasa bulan Ramadan adalah penting supaya mudah bagi anda menjalani ibadah puasa ini.
- Periksa tahap kesihatan anda dengan berjumpa dengan doctor anda. Kawal masalah medical seperti diabetis dengan baik dan mungkin anda perlu lakukan ulangan antenatal yang lebih kerap lagi.
- Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan kola. Kurangkan sebelum puasa lagi.
- Kaffein menyebabkan diuresis(kencing banyak) dan menyebabkan anda mengalami dihidrasi.
- Rehydrate sebanyakkan mungkin semasa sahor.
- Habiskan masa ‘indoor’ bagi mengelakkan dihidrasi.
- Berbincang dengan majikan anda tentang carakerja semasa bulan puasa seperti mengurangkan waktu bekerja.
- Catatkan pengambilan makanan dan cecair
Bagaimana cara terbaik untuk berbuka puasa?
- Mulakan dengan makanan yang boleh melepas tenaga secara perlahan. Contohnya karbohidrat kompleks seperti ‘whole grains dan bijian dan makan berfiber-tinggi seperti buah kurma, sayuran dan buahan kering.
- Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ini akan menyebabkan paras glukos yang mendadak tinggi. Kesannya paras insulin juga meningkat serta merta dan paras glukos menurun dengan cepat. Akibatnya anda berasa pening dan pitam.
- Elakkan makanan berlemak.
- Ambil banyak proton dari bijian, kekacang, daging dan telur. Protien untuk pembesaran bayi.
- Dari berbuka hingga ke sahur, perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter. Elakkan kopi.
Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berpuasa?
- Perubahan kepada pergerakan bayi anda.
- Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12 jam. Jika anada berasa bayi anda kurang bergerak segera beritahu doctor anda.
- Jika berat badan anda static atau menurun semasa puasa.
- Anda mengalami dihidrasi.
- Anda berasa amat dahaga, letih dan tidak bermaya, air kencing pekat dan berbau kuat.
- Anda mengalami kontraksi.
- Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature contractions’ dan kelahiran pramatang.
- Walaupun selepas berihat anda masih lagi mengalami kelusuan,pitam,pening. Meloya dan muntah.
Kesimpulannya,anda perlu bersabar adan elakkan stress yang bukan-bukan kerana perubahan jadual permakanan dan kekurangan makanan dan air. Anda perlu berihat banyak bagi mengawal kegunakan kalori anda. Bantuan dari suami, pembantu rumah dapat mnbantu anda. Elakkan dari berapa dibawah cuaca panas bagi mengelakkan dihidrasi.
Credit: obgyndrsuhaimi.blogspot.com
Credit: obgyndrsuhaimi.blogspot.com
No Comment to " Ramadhan & Kehamilan "