Tabiat Kanak-Kanak
Tabiat Kanak-Kanak
Tabiat kerap berubah dalam kehidupan kanak-kanak. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikis. Tabiat positif boleh membentuk keperibadian seseorang misalnya tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur, bangun awal dan bersenam setiap pagi. Malangnya, sesetengah tabiat kanak-kanak pula bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada berterusan bertahun-tahun lamanya.Tabiat biasa ditunjukkan kanak-kanak
Tabiat yang ditunjukkan kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa. Umpamanya, kanak-kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap panas baran jika kemahuannya tidak dituruti. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengatakan "tidak mahu" atau menggeleng kepala. Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka. Seeloknya, turutkan saja kemahuan mereka tetapi jika kemahuan itu tidak wajar, tidak perlu dilayan.
Kanak-kanak ini akan tahu akhirnya, menunjukkan sikap panas baran tidak membawa faedah. Di samping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas baran akan beransur-ansur hilang dan dia akan lebih tahu menggunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. Kadangkala, tabiat yang dipamerkan seseorang kanak-kanak itu tidak sesuai lagi bagi usianya. Umpamanya, kanak-kanak berusia lima tahun menunjukkan sikap panas baran. Seeloknya, dapatkan nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami sekali gus dapat menggunakan kaedah keibubapaan yang efektif.
Tabiat tidur
Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. Contohnya, bayi mungkin hanya terlelap apabila televisyen terpasang. Selepas dia tertidur, pindahkan dia ke tempat tidur. Ada juga kanak-kanak yang hanya boleh tidur nyenyak selepas dibacakan buku cerita.
Tabiat makan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKxFklmTJEn077TyqHTFuOqKz-UlcsGJfOHkQW8mhLHM2d5Hv5pzQlZW6UwrZdpm4HiXWtioNUsUKoXaT9DKmqmtzsXzyvlqiCKOw4QjsFqbQIyWx6uz536tsXjkuV42mrjByfOCL9gN6T/s1600/Tabiat+Kanak-Kanak.jpg)
Anak-anak sering mencontohi perkara yang diamalkan ibu bapa. Jadi, tidak menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari ibu bapa mereka selain makanan disediakan di rumah yang juga mempengaruhi tabiat makan anak-anak.
Tabiat menjerit
Kanak-kanak sering terikut-ikut dengan tingkah laku dan bahasa digunakan orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan yang kurang manis didengar.
Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak. Jika mereka mempunyai sifat seperti murah hati, pelembut, bersopan santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan ini akan mudah diterap kepada anak. Sebaliknya, jika ibu bapa suka bergaduh dan pemarah, ciri negatif itu mungkin akan dipelajari anak-anak.
Tabiat mengambil barang orang lain
Kanak-kanak bawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambil tanpa memikirkan perbuatan itu salah. Ada kalanya tabiat itu wujud akibat perasaan kurang selesa, serba kekurangan atau bosan.
Sumber: halaqah.net
No Comment to " Tabiat Kanak-Kanak "