Terkini

Menu

Panduan Berpuasa Ketika Hamil

Panduan Berpuasa Ketika Hamil 

Panduan Ibu Hamil Berpuasa

BAGI wanita yang mengandung tentu mempunyai banyak persoalan sama ada kehamilan dan berpuasa mempunyai kesan sampingan terhadap bayi mereka. Umum mengetahui bahawa Islam memperuntukkan pengecualian berpuasa semasa bulan Ramadan ini kepada golongan tertentu, antaranya:
  1. Wanita yang kandungan mereka mencapai trimester ketiga (tiga bulan terakhir) dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.
  2. Wanita yang menyusukan anak
  3. Wanita yang sedang haid
  4. Wanita yang mengalami nifas (dalam pantang bersalin)


Panduan untuk ibu hamil

Kehamilan merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang. Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut. Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil. Jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa. Ada beberapa panduan untuk ibu hamil yang ingin berpuasa

1. Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya. Kesihatan janin semasa ibu mengandung boleh dilihat dari dua segi iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisme badan ibu. Sebelum melaksanakan ibadah puasa, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal anda kerana beliau lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan juga sejarah kesihatan anda. Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung. Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan.

2. Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa.

 3. Ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan.

4. Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja.

5. Sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan. Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya.

 6. Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa.


Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
  • Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
  • Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
  • Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.
Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
  • Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.
 Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
  • Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Panduan Berpuasa Ketika Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM