Terkini

Menu

Petua Supaya Anak Gemar Sayur


Petua Supaya Anak Gemar Sayur


“Adik kena makan sayur kalau nak kuat macam Superman tau,” begitu ayat pancing yang sering dituturkan oleh si ibu kepada anak kecil yang tidak mahu makan sayuran.

Kebiasaannya si anak akan berfikir seketika sama ada hendak menjadi kuat seperti superhero pujaan atau membiarkan sahaja kata-kata ibu. Ada ibu yang bernasib baik apabila si kecil dengan pantas makan sayuran tersebut kerana terpengaruh dengan kata-katanya tetapi ada juga yang langsung tidak terkesan dengan pujukan ibu.

Seringkali kita mendengar ibu mengomel mengenai anak kesayangan yang tidak suka menjamah sayur-sayuran yang dihidang. Bagaimana hendak membesar dengan sihat jika sayur langsung tidak mahu dimakan. Risaunya ibu! Sudah bermacam dipujuk tetapi mereka tetap tegar menolak sayur.

Walaupun mungkin bagi sesetengah ibu, sudah mempraktiskan tip mengajak anak makan sayuran tetapi disini dikongsikan lagi beberapa petua yang mungkin boleh digunakan untuk menarik minat :



Sembunyikan sayuran
  • Menghidangkan sayuran secara terus kepada anak-anak bukan satu langkah yang tepat. 
  • Di sini anda memerlukan taktik untuk mengumpan mereka. 
  • Apa kata sembunyikan sayuran tersebut di sebalik makanan kegemaran mereka seperti ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya. 
  • Secara tidak langsung mereka tetap mendapat khasiat sayuran tersebut tanpa sengaja. 


Hiasan menarik
  • Anak kecil memang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menarik. 
  • Mungkin warna dan bentuk sayuran yang hijau dan rasanya yang agak pahit tidak menarik perhatian mereka. 
  • Apa kata anda menjadi kreatif dengan mencipta pelbagai bentuk menggunakan sayur-sayuran untuk menarik minat mereka menjamahnya. 


Jus buah dan sayur
  • Kanak-kanak amat menggemari jus buah-buahan. 
  • Mungkin rasanya yang masam manis serasi dengan citarasa mereka. 
  • Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk menggabungkan buah dan sayuran dalam bentuk jus. 
  • Selain boleh dihidang sebagai jus segar, anda boleh juga membekukan sehingga menjadi aiskrim dan pasti si kecil lebih tertarik untuk mencuba. 

Credit: pama.karangkraf.com
Petua Supaya Anak Gemar Sayur

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Petua Supaya Anak Gemar Sayur "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM